Hari ini tukar kebiasaan hidangan tengahari. Yang penting kenyang perut...hiks!
Wokey!
Jom nikmati sajian tengahari yang sangat ringkas tapi sedap. Amie sediakan hidangan Fish and Chips. Untuk menyiapkannya, tidaklah sesukar mana. Dah selalu sangat makan Fish & Chips di luar, sesekali eloklah buat di dapur sendiri. Banyak versi cara penyediaan Fish and Chips ini. Memang seronok sewaktu menonton rancangan televisyen yang memaparkan resepi ini, tetapi kalau kita buat sendiri lagi seronok...hiks!
3 keping fillet ikan dory
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 cawan serbuk roti
2/3 cawan air
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil serbuk Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil lada hitam tumbuk
1 sudu besar jus lemon
minyak
Cara:
1. Potong fillet ikan dory mengikut saiz yang diingin - pastikan ikan dalam keadaan kering - atau lap dengan tisu dapur.
2. Renjiskan jus lemon dan taburkan lada hitam tumbuk pada fillet ikan dory. Ketepikan.
3. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras dalam sebuah mangkuk. Tambahkan serbuk Maggi Cukup Rasa, soda bikarbonat dan air. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit air lagi.
4. Celupkan ikan ke dalam adunan tepung dan kemudian golekkan di atas serbuk roti.
5. Goreng di dalam minyak yang banyak menggunakan api panas.
6. Goreng kedua-dua belah bahagian, dan apabila berwarna perang keemasan, angkat dan toskan.
Di Australia dan New Zealand katanya Fish and Chips ditaburi garam terlebih dahulu di atas ikan dan kentang sebelum disajikan. Di Amerika Syarikat pula, Fish and Chips dinikmati bersama coleslow manakala di Kanada disajikan bersama sos tartar dan hirisan lemon. Jadi, kita ikut selera kitalah! Dah ada ikan goreng, dah ada kentang goreng, Amie tambah sayur-sayuran dan mayonis serta sos cili!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan