Cerita tentang Sambal Telur. Resepi ini merupakan menu sarapan pagi kami minggu lepas. Entri tertunggaklah, dengan kata lainnya.
Ada yang suka goreng telur rebus, kemudian dibuat sambal.
Ada yang suka masak sambal, kemudian tuang sambal atas telur rebus.
Ada yang masak sambal, kemudian pecahkan telur dan gaul bersama sambal dalam kuali.
Maknanya terdapat pelbagai versi sambal telur!
Bahan-bahan:
3 sudu besar minyak
2 keping asam gelugur
1 labu bawang besar - mayang kasar
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
25 biji cili kering - buang biji
5 ulas bawang putih
15 biji bawang merah
1 cm halia muda
2 cm belacan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Gunakan api sederhana.
2. Masukkan pati asam keping dan gula secukup rasa. Gaul hingga mesra.
3. Tambahkan hirisan bawang besar.
4. Setelah bawang besar layu dan sambal menjadi pekat, masukkan telur goreng tadi.
Bahan kisar:
25 biji cili kering - buang biji
5 ulas bawang putih
15 biji bawang merah
1 cm halia muda
2 cm belacan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Gunakan api sederhana.
2. Masukkan pati asam keping dan gula secukup rasa. Gaul hingga mesra.
3. Tambahkan hirisan bawang besar.
4. Setelah bawang besar layu dan sambal menjadi pekat, masukkan telur goreng tadi.
5. Lengkapkan dengan perasa seperti garam dan perasa lain pilihan anda.
6. Kacau sekali lagi dan padamkan api dapur.
Telur yang direbus tadi Amie rendam dengan air sejuk.
Bahan kisar tadi kena tumis sampai pecah minyak.
Lepas tu masukkan asam keping atau asam jawa.
Sementara menunggu bahan kisar pecah minyak, jangan lupa kupas telur!
Panaskan minyak pula untuk goreng telur.
Pada masa yang sama, tambahkan gula dalam sambal di kuali
Bila telur kelihatan kuning eemasan, bolehlah angkat.
Sambal yang sudah pecah minyak dan sudah masak tadi tu, bubuhkan bawang besar.
Bila bawang besar dah layu, masukkanlah pula telur rebus yang digoreng.
Perasakan dengan garam atau perasa lain pilihan anda.
Amie hidangkan Sambal Telur ini bersama nasi kuning.
Sayangnya, Fairuz dan Firdaus tak berapa berminat untuik menjamahnya! Mereka nak juga telur rebus tak bergoreng dengan sambal ikan!
Maknanya, anak-anak hanya menggemari sambal telur tak bergoreng!
Oh, itu caranya goreng telur rebus! Thank you, Amie :)
BalasPadamBerseri seri nasi kuning dipadan sambal telur..sedapnyerr...
BalasPadam