Asyik makan pulut kuning di majlis itu dan ini, sesekali cubalah buat sendiri...hiks! Sebelum ini memang puaslah makan pulut kuning dengan ayam panggang kalau datang kenduri di kampung atau kalau Encik Suami balik dari kenduri!
Jadi, hari ini duduklah bertekun di dapur nak siapkan pulut kuning dengan gandingan mantapnya, rendang! Bukan buat banyak mana pun. Sikit jew... untuk keluarga kecil kami.
Satu set hidangan pulut kuning dengan rendang di atas tu, dah cukup mengenyangkan! Alhamdulillah... hasrat nak makan pulut kuning versi lembut (lembik sikit) tercapai juga akhirnya.
Jom tengok resepinya di bawah ini.
3 cawan beras pulut
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
dua helai daun pandan - simpul
Ada sesetengah orang rendam beras pulut dengan asam keping, dan juga gunakan pewarna supaya hasilnya nampak cantik. Amie buat ikut bahan di atas itu jew... Kalau tak mahu pulut menjadi lembik lembut macam yang Amie buat, kurangkan santan tu kepada 1 1/2 cawan sahaja. Lagi pun beras pulut boleh lembut masak dengan wap juga.
Cara memasak:
1. Cuci beras pulut dan kemudian rendam bersama air melebihi parasnya, dan gaulkan dengan serbuk kunyit.
2. Sebaiknya rendam semalaman. Amie rendam selama 4 jam sahaja.
3. Panaskan air dalam periuk pengukus. Kukus beras pulut bersama simpulan daun pandan selama 20 minit.
4. Larutkan garam dan gula dalam santan.
5. Keluarkan beras pulut dan gaulkan dengan santan hingga sebati.
6. Kukus semula hingga masak.
Sementara menunggu pulut kuning kembang (seperti yang Amie buat), bolehlah sediakan bahan untuk dijadikan lauk pulut kuning itu. Amie pilih resepi Rendang Opah seperti yang pernah Amie buat sebelum ini DI SINI.
Bahan A:
1 kg daging lembu - potong dadu sebesar 3 cm
2 1/2 biji kelapa - ambil 5 cawan santan pekat dan 3 cawan santan cair
35 tangkai cili kering - kisar halus
3 helai daun limau purut
1 cawan kerisik
garam secukup rasa
Bahan B - kisar
5 batang serai
3 helai daun kunyit
500 gram bawang merah
7 ulas bawang putih
5 cm halia
Cara:
1. Masukkan kesemua Bahan A dan Bahan B ke dalam kuali, dan jerang di atas dapur.
2. Kacau perlahan-lahan sehingga masak dan taburkan garam mengikut rasa.
3. Apabila rendang mula pekat, hendaklah sentiasa dikacau sehingga kering.
1 kg daging lembu - potong dadu sebesar 3 cm
2 1/2 biji kelapa - ambil 5 cawan santan pekat dan 3 cawan santan cair
35 tangkai cili kering - kisar halus
3 helai daun limau purut
1 cawan kerisik
garam secukup rasa
Bahan B - kisar
5 batang serai
3 helai daun kunyit
500 gram bawang merah
7 ulas bawang putih
5 cm halia
Cara:
1. Masukkan kesemua Bahan A dan Bahan B ke dalam kuali, dan jerang di atas dapur.
2. Kacau perlahan-lahan sehingga masak dan taburkan garam mengikut rasa.
3. Apabila rendang mula pekat, hendaklah sentiasa dikacau sehingga kering.
Bahannya tak banyak, dan mudah sahaja cara memasaknya. Cuma...cuma kena banyak bersabarlah sementara menunggu rendang kering. Alahai... masa yang terluang tu bolehlah kita gunakan untuk buat itu ini, lap itu ini mana yang patut di dapur he he hee... kan ke banyak bebeno benda yang nak dibuat di dapur tu! Hiks! Ini perasaan orang yang tak banyak masa nak berlama-lama di dapur! Inilah masanya nak selongkar segala harta karun yang bertimbun dalam kabinet dan segenap penjuru dapur.
Mula-mula Amie sangan kelapa parut untuk dijadikan kerisik. Tengok dalam resepi, kena gunakan 1 cawan kerisik. Alamak! Mahu 1 biji kelapa saiz besar kalau nak dapatkannya, sebab biasanya Amie tumbuk kerisik sampai keluar minyak! Jadi?
Kita tengoklah ceritanya di bawah nanti.
Sambil sangan kelapa dengan api perlahan, sambil itu juga potong daging. Sebenarnya ini lebihan daging yang dibeli minggu lepas. Bila Amie timbang, beratnya hanya 700 gram sahaja. Tak apa. Resepi di atas tu boleh diubahsuai dari segi sukatannya.
Untuk 1 kilogram daging, masakan ini memerlukan 500 gram bawang merah. Jadi kenalah kurangkan jumlahnya bila berat dagingnya pun berkurangan. Gunakan bawang merah tau, bukannya bawang besar.
Memang bawang merah mengatasi bahan yang lain termasuk serai (tenggelam di bawah timbunan bawang merah), bawang putih dan halia.
Ini santan kelapa yang Amie kisar dari sebungkus kelapa parut. Beratnya 1/2 kilogram. Mungkin lebih dari sebiji kelapa tu. Bila kita kisar keluarkan pati santannya, berbanding kalau kita perah (Amie perah dengan tangan memang tak banyak pati yang keluar)...ha ha haa peluh jew yang banyak mengalir!
Jangan lupa daun kunyit.
Kisar serai, daun kunyit, bawang merah, bawang putih dan halia. Nampaknya warna bawang merah tetap mengalahkan warna bahan yang lain. Daun kunyit pun hanya nampak bintik-bintik hijau saja.
Juga kena kisar.
Kalau sanggup tumbuk atau giling, apa salahnya. Buat sajalah...hiks!
Ini kerisik yang dikisar, dan minyak tak keluar. Sukatannya 2 cawan penuh! Guna 1 cawan saja kan... Kalau rajin tumbuk sedikit lagi bagi halus mulus!
Sekarang tibalah masanya melebur segala bahan di dalam belanga!
Masukkan kesemua Bahan A dan Bahan B, dan jerang atas dapur!
Jangan ada yang tertinggal ye... masukkan semua sekali!
Ha... ni tertinggal lengkuas!
Ketuk jew dia... cemplungkan!
Kerisik pun kena masuk juga! Tak perlu tunggu sampai akhir waktu! Amie masukkan semua sekali!
Kacau rata. Bagi tenggelam semuanya!
Biarkan masak dengan api sederhana. Tak perlu paksa untuk cepat masak dengan api besar, sebab nanti kuah akan cepat kering, dan daging tak sempat empuk. Rendang pun tak menjadi dengan sempurna!
Bila rendang dah mula mengering, rasa lega sangat sebab dah nak masak. Tapi kenalah bersabar sedikit waktu lagi. Kacau sekali-sekala supaya rendang tidak hangus.
Bagaimanapun kalau suka makan rendang yang basah, bolehlah padamkan api dapur ketika ini. Amie nak teruskan perjuang hingga selesai.
Nampaknya masih perlu tunggu beberapa minit agar rendang terus mengering.
Akhirnya siaplah Rendang Opah!
Rendang yang dimasak dengan penuh kesabaran!
Rendang yang dimasak with my heart and soul!
Apalagi...
Jom makan Pulut Kuning dengan Rendang Opah!
Sedap la Amiey,lama tak makan terutama dengan rendang tu.
BalasPadamya Allah sedapnya pulut kuning. lagi2 kalau tengok instagram zarina zainuddin makan dengan pulut kuning yang dia buat, pergh terliur la. haha. laparlah
BalasPadamAcik memang biasa buat pulut kuning ni Amie..memang acik rendam dari malam lagi.
BalasPadamKalau hari jadi saya boleh ke
BalasPadam