Salah satu rancangan masakan yang Amie minati sudah tentunya masakan dari Korea terutamanya rancangan Korean Food Made Simple! Suka sangat tengok Judy Joo yang sentiasa senyum manis dengan gayanya yang penuh bersahaja ketika memasak! Dari situlah mula timbulnya minat Amie untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masakan Korea, walaupun banyak istilah yang asing pada pendengaran! Tapi tak apalah. Kitakan nak belajar, nak tambah pengetahuan tentang dunia masakan.
Hari Ahad yang sangat tenang ini Amie bertungkus-lumus di dapur untuk mencuba resepi Bibimbap, masakan nasi campur yang terkenal di Korea. Alhamdulillah, walaupun tidaklah begitu sempurna tapi dapat dinikmati bersama Encik Suami dan Fairuz. Firdaus masih di kampung. Kakak ipar minta dia tidur di sana untuk dua malam. Maklumlah, sekarang Firdaus sudah bersekolah, tadika! Jadi tak lagi dihantar ke kampung. Kata kakak ipar, dia rindu sangat dengan Firdaus! Firdaus pulak kata, dia pun rindu dengan mama! Mama tu panggilannya untuk kakak ipar.
Dah siap pun Bibimbap versiku! Walaupun tak dapat bubuh semua bahan dalam mangkuk panas dan merasa nasi berkerak dengan aroma minyak bijan di lantai mangkuk, tapi memadailah dengan apa yang dapat dihasilkan! Tak payah banyak songel, terus sajalah tengok bahan di bawah ini. Amie tidak gunakan sukatan khas, sekadar sediakan agak-agak untuk cukup kami makan bertiga!
Kebetulan ada taugeh yang Encik Suami beli dua hari lepas...hiks! Lupa nak masak! Jadi Amie jadikan sebagai salah satu lauk nasi campur bibimbap!
Kelmarin kami turun ke pasar, singgah pasaraya dan gerai jual sayur. Merata tempat nak cari sayur bayam, tapi sehelai daunnya pun tak nampak! Janganlah gara-gara tak dapat bayam, tak jadi buat bibimbap pulak! Entah bila nak datang semangat nak buatnya kalau bukan hari ini. Jadi, Amie pun gantikan dengan sayur sawi! Sayur sawi itu pun sebenarnya Amie lupa nak masak...sama dengan taugeh yang Encik Suami beli dua hari lepas! Lupa pulak nak kira ada berapa pokok! Amie kerat-kerat jew...
Lobak merah ni satu batang. Potong sama macam daging jugak...kecil-kecil ye!
Amie tambahkan cendawan shiitake segar. Nak gunakan yang kering pun boleh tapi kenalah rendam lama sikit. Ini kes tak pandai sabar menunggu...huhuhuuuu! Potong besar-besar sikit sebab cendawan ni mengecut bila dimasak.
Tak cukup cendawan shiitake, rembat sebungkus cendawan enoki atau enokitake.
Timun Jepun di atas tu Amie gunakan sebiji. Hiris nipis.
Lepas tu gaaulkan hirisan timun tadi dengan sedikit garam dan perap seketika sehingga layu dan keluar air.
Hirisan daging ini pulak Amie tambahkan bawang putih tumbuk dua biji, kicap lemak manis dua sudu besar dan satu sudu besar minyak bijan. Gaul sebati dan masukkan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Jangan lupa bahan lain seperti telur! Bukan sebiji telur Amie goreng tapi 3 bijik! Nanti ada yang menangis bibimbap tak lengkap!
Bijan pun dilupa jangan! Goreng tanpa minyak atau sangan. Amie saja jew sangan lebih! Boleh simpan untuk kegunaan lain kalau tak habis.
Pastikan ada minyak bijan! Minyak bijan inilah yang banyak sangat digunakan setiap kali memasak lauk-pauk bibimbap! Bukan masuk dua tiga sudu, tapi renjiskan jew...untuk wangi!
Pelengkap bibimbap sudah tentunya sos gochujang! Kalau nasi kerabu kena ada budunya, kalau nasi ambeng tak sah kalau tak ada serundingnya! Begitu jugalah bibimbap bukan bibimbap namanya kalau tak ada gochujang! Kalau jumpa di pasaraya, bolehlah beli tapi Amie tak jumpa di LD. Jadi, Amie buat sendirilah walaupun tak sama dengan gochujang yang asli! Amie gunakan 5 sudu besar taucu pedas, tapi tak berapa pedas pun! Jadi Amie tambah dua sudu besar serbuk cili! Pun tak berapa nak pedas juga.... ha ha haaa tak tahu lidah apa Amie ni..lidah cili padi kot! Amie tambahkan dua sudu besar gula dan satu sudu besar minyak bijan. Untuk hancurkan kacang taucu tu Amie gaul semua bahan kecuali minyak bijan. Kemudian Amie tumbuk dalam lesung. Jangan takutlah... tak merecik punya! Bahan tu kental! Dah sudah tu, tambahkan minyak bijan dan gaul sebati.
Gochujang ni nampak banyak tapi jangan risau, boleh simpan. Boleh gunakan untuk campurkan dalam bahan perapan!
Oh! Ya... sementara itu bolehlah masak nasi. Nanti bahan lauk dah siap masak, sejuklah pulak menunggu nasi tanak!
Sayur sawi, cendawan enoki dan taugeh hendaklah dicelur terlebih dahulu. Kemudian rendam dalam air sejuk. Sayur sawi tu kalau rasa-rasa terlalu panjang, bolehlah potong -potong bagi pendek. Kemudian barulah ditoskan, tambahkan sedikit garam dan renjiskan minyak bijan. Taburkan bijan di atasnya atau gaulkan.
Timun Jepun ni pulak, setelah diperap dengan sedikit garam dan bila dah layu serta keluar air, ramas sedikit dan bilas. Kemudian perah sedikit airnya. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis timun tadi. Sebab dah ada rasa garam, tak payahlah bubuh garam lagi. Renjiskan jew dengan sedikit minyak bijan. Angkat.
Cendawan shiitake dengan lobak merah tu sama saja cara masaknya. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan dan tambahkan sedikit garam. Renjiskan minyak bijan dan angkat! Tumis asing-asing ye... bukan tumis bersama!
Daging yang sudah diperap dengan bawang putih, kicap dan minyak bijan ni terus jew masukkan dalam kuali. Jangan lupa bubuh dulu sedikit minyak dan panaskan. Kejap jew masak daging ni sebab halus-halus dan dah diperap.
Carilah mangkuk yang sesuai... Mangkuk begini pun kira okey laa...hiks! Isikan dengan nasi panas. Kalau makan bibimbap yang dihidang panas, kenalah bubuh minyak bijan di dalam mangkuk dan kemudian bubuh nasi. Susun lauk-pauk, dan daging tu tak dimasak sebab akan masak bersama dalam mangkuk panas. Telurnya pula kuning telur mentah! Gaul-gaul dalam mangkuk panas, masaklah semuanya! Tapi, kita jangan mimpi yang itulah... kita hadapi kenyataan makan dalam mangkuk sejuk!
Lepas tu susunlah segala lauk pauk dan jangan lupa sos gochujangnya sekali. Taburkan bijan di atasnya.
Bibimbap sedia untuk dinikmati!
Alhamdulillah!
Syukur kepada Allah kerana mengurniaku seorang suami dan anak-anak yang tak banyak songel bila dihidangkan dengan apa jua makanan atau resepi baru yang Amie cuba! Encik Suami menambah lauk, Fairuz terus meratah lobak merah dan daging! Amie sendiri rasa kenyang melihat dua beranak berselera menikmati hasil air tangan Amie hari ini!
anak2 perempuan mama cukup suka .. mereka yang pandai buat.. mama dia pandai tengok jer.. hehehe
BalasPadamBestnya, Amie! PH suka sangat makan bibimbap.
BalasPadamMamazieza,
BalasPadambestnya...
PH,
sedapkan!
Azhan: wow so koreeaaa..
BalasPadamBibimbab sangat sedap sekali, kana perkembangan untuk sainsologi
BalasPadamMemang sedap lah BIBIMBAP NIE...MASHIS-SOYO
BalasPadamMemang sedap lah BIBIMBAP NIE...MASHIS-SOYO
BalasPadamMemang sedap lah BIBIMBAP NIE...MASHIS-SOYO
BalasPadamBestnya! Sy peminat makanan jepun korea.. Tapi suami anak tak mkn..jenis memilih..jd sy tak dpt masak..kalau teringin sgt, sy ambil cuti dan me time sendiri masak atau call foodpanda. Mujur ada kedai korean sekarang.
BalasPadam