Pages

Jumaat, 13 Januari 2017

Asam Pedas Perut dengan Rebung Madu

Masih ada saki baki rebung madu, dan uga baki perut lembu! Petang tadi sempat gandingkan dua-duanya dalam kuali di bawah nama Asam Pedas Perut dengan Rebung Madu.

Bahan-bahan:
600 gram perut - bersihkan dan rebus hingga empuk - toskan airnya dan potong ikut suka
300 gram rebung madu - rebus hingga lembut - toskan airnya
3 batang serai - ketuk
5 helai daun limau purut
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
4 sudu besar minyak
4 cawan air
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 cm belacan
1 sudu kecil lada hitam

 Walaupun rebung madu dah siap direbus, tapi nak rebus juga sebab nak bagi lebih lembut!

Perut tu rebus sampai benar--benar empuk atau lembut! Kalau masih liat, tergencatlah selera nak meratah-ratah ha ha haaa... Lainlah kalau dah memang suka makan yang liat-liat...hiks!

Tak ada bunga kantan dan daun kesum, memadailah dengan adanya serai dan daun limau purut. Serai tu sebab kurus, Amie tambah jadi 3 batang.  Daun limau purut tu sempat ambil 5 helai kat pokok, masa tu hujan...petiklah mana yang dapat! Nak pilih daun yang cantik nanti basah kuyup pulak (sebab tak pakai payung)...karang hilang mood nak masak..... ahaks!

 Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai. Masak sehingga terbit minyak.
2. Kemudian tuangkan air bancuhan asam jawa. Biarkan mendidih sebentar dan tambahkan 4 cawan air.
3. Masukkan perut bersama rebung madu. Biarkan masak sehingga kuah agak pekat... sebab Amie suka kuah pekat. Kalau tak suka, lebihkan air dan sebelum memekat, padamkan api dapur.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.

%. Jangan lupa masukkan daun limau purut dan biarkan seketika hingga berubah warnanya. Lepas tu padamkanlah api dapur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan