Dari kecil lagi telinga dan deria rasa Amie telah mengenali kuih nagasari.... Nagasari Pisang! Teringat baunya yang harum aroma daun pisang dan rasanya yang lemak-lemak manis!
Seperti biasa, sebaik sahaja kami pulang dari sekolah, sebelah petangnya kami akan membantu Bonda dan Ayahanda di kebun. Kehidupan di kampung memang begitulah! Pagi mereka menoreh getah, petangnya pula bercucuk tanam di kebun! Macam-macamlah tanaman yang ada. Ubi kayu tak usahlah nak dicerita! Pelbagai jenis. Ada ubi kuning, ubi pikul, ubi ajinomoto....hoohoooo itu nama pokok ubi yang warna daun mudanya ungu! Entah dari mana dapat nama tu! Tak ada rasa ajinomoto pun baik ubi atau daunnya! Keladi pulak, subur merimbun! Pokok pisang sentiasa berbuah! Yang tak sukanya bila musim jagung berbuah, penatlah Ayahanda suruh kami jaga monyet!
Kenangan itu sangat mahal! Tak terbayar oleh wang ringgit! Tak ternilai dan mustahil akan berulang kembali!
Masih terbayang, Bonda akan memilih ubi atau keladi atau pisang untuk dibawa pulang ke rumah. Tidak lain dan tidak bukan untuk dijadikan sarapan pagi! Itulah ...kami anak kampung! Makanan yang terhidang adalah hasil keringat Ayahanda dan Bonda! Kadang-kadang Bonda tebas dua tiga pelepah pisang dan jemur di tengah panas! Kata Bonda, biar daun layu! Nanti kalau nak bungkus kuih tak perlu layurkan atas api!
Dan... yang tak mungkin dapat Amie lupakan!
Tugas menyabit rumput untuk makanan lembu peliharaan Ayahanda merupakan tugas Amie! Nak menangis dibuatnya! Apa tidaknya! Habis calar balar dan berdarah tangan menyabit segala rumput dan lalang untuk penuhkan satu guni! Satu guni tau...... guni beras yang boleh isi sepikul beras tu! Dulu sepikul bersamaan 100 kati!
Oh! Bila dikenang kembali...rasa sayu sangat! Rasa ingin pejamkan mata kembali semula ke waktu itu!
Ya... kembali ke waktu itu untuk mengambil semula kenangan makan kuih nagasari pisang hasil air tangan Bonda tercinta!
Kita sediakan bahan untuk Nagasari Pisang seperti di bawah ini:
250 gram tepung beras
50 gram tepung ubi kayu
120 gram gula pasir
pisang masak secukupnya - Amie gunakan pisang raja
600 ml santan pekat - tambah dengan 400 ml air
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan - simpul
Gunakan pisang lain pun boleh misalnya pisang nipah. Terpulanglah nak potong gaya mana. Amie potong serong. Untuk adunan ini Amie gunakan 6 biji pisang saja, potong 3 untuk dapat 16 bungkus kuih.
Cara:
1. Campurkan santan, tepung beras, tepung ubi, gula, garam dan daun pandan. Adun sebati dan kemudian masak hingga pekat di atas api sederhana.
2. Ambil sehelai daun pisang yang sudah dilayur. Letakkan satu sudu besar adunan di atas daun pisang. (sementara itu naikkan periuk pengukus berisi air ke atas dapur - jangan lupa pasangkan api - dah siap bungkus kuih nanti bolehlah terus kukus).
4. Kemudian ambil satu sudu besar adunan tepung dan tutup pisang tersebut.
5. Kalau nak hasil yang lawa, tutup hirisan pisang secara merata.
6. Bungkus kuih dengan sempurna dan lipatkan bahagian kiri dan kanan daun pisang.
7. Air dalam periuk pengukus pun dah mendidih. Susun saja semua bungkusan kuih nagasari pisang ke dalam pengukus. Kukuslah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
Taraaa.... dah siap!
Jom kita buka bungkusan kuih ini... tengok cemana rupanya!
Wokeh!
Jadiklah jugak.
Jemput!
huhu..lama sungguh tak makan nagasari ni..
BalasPadamSeronok hidup di kampung, semua ada kat kebun. Dah lama PH tak pekena kueh ni.
BalasPadam