Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak, zaman sekolah rendah! Waktu rehat sebaik sahaja loceng berbunyi tak sabar-sabar nak ke kantin. Macam-macam makanan dijual, termasuk nasi lemak, kuih-muih tradisional dan entah apa lagi. Semuanya sedap-sedap belaka! Paling sedap sudah tentulah sate kerang. Secucuk hanya 5 sen sahaja. Kalau nak dikira, satu cucuk lidi sate tu lebih 10 biji kerang! Kerang saiz besar di bahagian pangkal, dan terus mengecil saiz kerang kecil di hujung lidi! Sate kerang tu tak payah di bakar, hanya disiram dengan kuah kacang. Sedapnya ya ampun!
Namun semuanya hanya tinggal sebagai kenangan!
Mana nak jumpa sate kerang kuah kacang tu lagi?
Buat sendirilah Amie... jangan banyak songel....hiks!
Lain orang lain versi sambal kacang kerang. Ikut suka selera masing-masinglah kan. Di kampung kami, sambal kerang berkacang memang cukup popular ketika hari raya. Ada yang suka gunakan kacang tanah tumbuk halus hancur, ada yang suka tumbuk kasar. Ada yang tambah santan, ada yang tidak. Ada yang bubuh rempah, ada yang tidak. Pendek kata, masing-masing ada resepi warisan dalam keluarga. Semuanya Amie suka!
Jom tengok resepi dari dapur Amie di bawah ini.
Bahan-bahan:
3 cawan isi kerang
2 cawan kacang tanah - goreng - tumbuk separuh halus dan separuh kasar
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 batang serai - dititik
2 cawan air
1/2 cawan minyak
garam / gula melaka / perasa pilihan
Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2 batang serai - hiris nipis
2 cm halia
3 cm lengkuas
2 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang - toskan - boleh gantikan dengan 2 cm belacan
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, air asam jawa dan isi kerang. Gaul sebati dan tambahkan air.
3. Setelah kuah mendidih, masukkan kacang tanah tumbuk, garam dan gula / perasa pilihan. Kalau suka manis, lebihkan gula.
4. Akhir sekali tuangkan santan. Perlahankan api dapur.
5. Masak sehingga kuah pekat dan terbit minyak sekali lagi.
Kerang Masak Sambal Kacangini sedap sekali bila bertemu dengan nasi himpit.
Jom jodohkan.... ahaks!
Maka nostalgia masa lalu pun seakan berulang kembali!
Bezanya kerang masak sambal kacang dengan sate kerang!
Sedapanyaaa..klu ada mskkn guna kerang mmg bestkn!!
BalasPadamWow! Sedap lah, Amie. PH nak makan dengan nasi biasa :)
BalasPadam