Pages

Ahad, 11 Disember 2016

Mee Goreng Simple Dimple

Rumah kembali sunyi!
Malam tadi hantar Fuad ke bas station di Fajar LD. Pukul 9 malam bas bergerak menuju ke Kota Kinabalu. Menjelang pukul 4 pagi sampai ke sana. Khabarnya sekarang Fuad sudah berlepas menaiki feri menuju ke Labuan. Selamat belajar sayang Mommy dan Baba. Jaga diri baik-baik di sana. Solat jangan ditinggal, makan minum dan rehat mesti dijaga.
Selalunya waktu makan atau sarapan sekeluarga memang riuh sebab Fuad banyak mulut! Kuat makan! Tapi kali ini terasa hambar! Oh! Hidup mesti diteruskan.
Pagi ini Amie kongsi menu Mee Goreng Simple Dimple. Semua orang boleh masak begini tapi saja jew Amie nak simpan dalam blog sebagai kenangan di pagi Ahad yang dingin ini. Terasa sungguh nyaman berada di dapur bila buka tingkap, angin sejuk menerpa ke wajah! Malam tadi kan hujan!

Bahan-bahan:
1 kg mee basah / mee kuning - bilas dan toskan
5 batang pokok sawi - pisahkan batang dan daun - potong-potong
1 cawan isi udang basah
1 cawan hirisan dada ayam
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah - hiris
1 labu bawang besar - cincang
garam / perasa pilihan
1/2 cawan minyak jagung

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tmus bawang putih, bawang merah serta bawang besar hingga layu.
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau rata hingga daging ayam berubah warna.
3. Kemudian masukkan udang diikuti dengan batang sawi.
4. Tuangkan sos tiram, sos tomato dan kicap pekat diikuti dengan mee kuning dan daun sawi.
5. Kacau rata, dan tambahkan sedikit garam / perasa pilihan.
6. Gaul lagi dan jika suka mee goreng yang agak basah, terus padamkan api dapur. Jika suka mee goreng agak kering, biarkan seketika sebelum padam api dapur.

Amie masak mee goreng banyak, biar cukup sampai ke tengahari sebab kejap lagi nak pergi kelas masak-masak. Tak sempat masak tengahari....hiks!

Jumpa lagi!

1 ulasan:

  1. Assalam kak amie
    W'pun mi goreng simple tapi tetap menggiurkan.Tambahan ada plak udang tu.Terus lapar tgk

    Bila anak2 dah kembali ke hostel, rumah dah sunyi sepi..
    Saya ni pun sorang jer dok asrama..tu pun tiap2 mggu balik..xde la bosan sangat

    BalasPadam