Baščaršija merupakan tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Bandar lama ini terletak di muara Sungai Miljacka. Gazi Husrev- beg Mosque dan Sahat - kula yang terdapat di sini adalah antara bangunan bersejarah yang sering dilawati pengunjung.
Baščaršija berasal dari bahasa Turki. 'Bas' membawa maksud 'kepala' atau 'utama'. Çarşı pula membawa maksud 'bazaar' atau 'pasar'. Pusat bandar penuh sejarah dan budaya yang dibina pada abad ke-15 oleh pengasasnya Isa- Beg Isakovic ini telah mengalami satu peristiwa kebakaran pada abad ke-19. Pada hari ini, Baščaršija hanyalah separuh daripada Baščaršija yang dulu.
Jom jalan-jalan ambil angin petang di sekitar bandar lama ini.
Setiap kali berjalan di kawasan sekitar sejak dari pagi, kami sering berpapasan dengan individu kurang upaya. Mereka adalah sebahagian daripada mangsa yang cedera semasa Perang Bosnia 1992-1995. Ada yang kehilangan kaki, dan juga tangan.
Allahu Akbar.
Moga dipermudahkan segala urusan mereka walau di mana mereka berada..
Jom terus redah....
Sebilj Fountain.
Sejuk airnya tu, mengalir tak henti. Ada yang datang minum.
Amie nak cuba minum tapi tak jadi, sebab bila tangan tersentuh air yang sentiasa mengalir itu..terasalah sejuk yang amat!
Ada beberapa buah kedai runcit di kawasan berhampiran Selbij.
Sukanyalah kita dapat tengok cili merah yang bersaiz besar!
Cili kembung pun nampak segar jew...
Geramlah pulak bila ternampak pelbagai jenis buah-buahan yang dijual.
Tiba-tiba termengidam nak makan buah tin segar!
1 kg berharga 6KM. Amie beli 1/2 kg.
Nak juga cuba buah tin jenis hijau pulak!
Tak ingat dah berapa harganya untuk 1 kg.
Amie beli dalam 7 biji, harganya tak sampai 1KM... cuma 86 sen sahaja.
Sampai bilik terus makan!
(Ini cerita selepas jalan-jalan).
Makan dengan kulitnya sekali.
Eh! Memang boleh makan dengan kulit kan.... hihihiii....!
Beginilah keadaan di bazar lama ini. Sentiasa dipenuhi pengunjung terutamanya pelancong dari luar negara.
Antara barangan kraftangan yang dijual di sini.
Terjumpa lagi dengan seorang penduduk kurang upaya....
Cantik-cantik belaka barangan yang djual di sini. Harganya pun cantik juga!
Di sini banyak sangat lorong. Masuklah ke mana-mana lorong, kalau tersesat di tengah lorong, jalanlah terus ke hujung lorong. Nanti akan terjumpa banyak lorong yang lain.... he he heee pernah sekali kami tersesat di tengah jalan, kami kembali ke pangkal jalan! Kaaannn... Lucinda!
Di dalam kawasan masjid. Ghazi Husrev-Beys Mosque.
Terserempak lagi dengan individu kurang upaya di hadapan masjid.
Apa yang menariknya, walaupun kawasan di sini agak sempit tetapi setiap lorong menampilkan keunikannya yang tersendiri. Setiap pemilik bazar akan berusaha sebaik mungkin untuk menarik perhatian pengunjung. Pada mulanya memang tidak menyangka bahawa melalui lorong yang sempit ini akan tembus kie belakang, dan terdapat restoran yang cantik di situ.
Oh! Berpapasan lagi ...
Ya Allah... permudahkanlah segala urusan hamba-Mu itu.
Sebenarnya kaki dah tak larat nak diseret. Iyo laa... berapa lama dalam kapal terbang... Lahad Datu-Kota Kinabalu - KLIA-Abu Dhabi-Bergrade-Sarajevo. Rasa macam nak kejang pun ado... Rehatlah dulu mak cik oi!
Tiba-tiba seseorang mengucapkan 'Assalamualaikum'.
Waalaikumussalam.
Gembiranya hati... lapangnya dada! Rasa selamat di sini.
Tiba-tiba menoleh ke belakang... sempat tangkap gambar kepada yang memberi salam.
Teringat peristiwa pagi tadi... di sebuah jambatan di Sungai Miljacka... seseorang mengucapkan salam, dan Amie jawab juga walaupun agak terkejut... dan kemudian Amie toleh ke belakang, sempat ambil gambarnya.
Wokey...
Jalan lagi...
Nampak santai sangat suasan di tempat makan di sini. Kami singgah makan di sini sebanyak dua kali.
Terlalu banyak sebenarnya gerai cenderamata di kawasan ini. Terdapat lebih 4000 kedai di Old Town Sarajevo ini. Jadi, yang Amie paparkan hanyalah sebahagian kecil sahaja, setakat larat kaki melangkah....
Jalan-jalan lagi... kembali semula ke pangkal jalan di kawasan Sebilj Fountain.
Banyak set minuman daripada tembaga dan perak menunggu pembeli untuk menawar harga.
Koliko kosta?
(Berapa harga?)
Sangat cantik!
Tak berani tengok harga!
Lucinda dengan gelang kenangannya!
Koliko kosta?
10KM.
Eh... kamera terfokus pulak ke bahagian ini.
Barangan lama kot... ada strerika lama di hujung tu!
Nampak santai sangat menikmati hidangan dalam cuaca yang nyaman dan segar.
Banyak kedai makanan halal di sini.
Nampaknya mereka suka makan di bahagian luar sambil menikmati sinaran matahari, terutamanya pada waktu pagi! Dah petang pun, masih juga di situ.
Kreatifnya!
Butik pakaian muslimah.
Ini pun butik juga... tapi butik jual manisan.
Selamat datang! Masuklah...
Biarlah gambar yang berbicara...
Pelbagai cenderahati ada di sini.
Boleh beli dengan matawang EURO atau pun KM.
Oh! Terjumpa lagi...
Moga Allah sentiasa permudahkan urusan hamba-Nya itu...
Sekian dulu... kenangan sepetang bersama Lucinda di Sarajevo Old Town.
Kami kembali ke sarang... he he heee...
Sebelum melelapkan mata, belek-belek sebatang paip rokok pemberian seorang peniaga bazar. katanya sebagai hadiah sebab kami membeli di situ.
Hvala.
Entri berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan