Setelah berkilo-kilo meter berjalan kaki melihat itu dan ini di sepanjang Sungai Miljacka dan sekitar Sarajevo Old Town, kami sepakat untuk masuk ke sebuah kafe untuk membasahkan tekak! Sebenarnya perut sudah terasa lapar, barangkali disebabkan suhu yang agak dingin sepanjang pagi itu. Alhamdulillah, sebaik sahaja melangkah masuk ke Caffe Slastičarna Saraj, terdengar ucapan 'Assalamualaikum' dari bibir seorang wanita cantik berkulit putih yang agak terlindung sedikit tubuhnya di belakang almari kaca yang dipenuhi dengan pelbagai dessert mengalu-alukan kedatangan kami.
Jadi, tengahari itu kami isi perut dengan manisan untuk mendapatkan semula tenaga yang telah hilang setelah perjalanan panjang merentas lautan dan daratan!
Inillah yang membuatkan daku terus jatuh cinta pandang pertama!
Caffe Slastičarna Saraj.
Dari dalam kafe atau ketika duduk menikmati hidangan di bahagian luar kafe, kita dapat menikmati pemandangan di sekitar terutamanya Sebilj, iaitu sebuah pancuran air yang pernah digunakan untuk berwuduk sebelum menunaikan solat di masjid yang berhampiran. Burung merpati banyak terbang dan hinggap di sekitarnya.
Pemandangan di seberang jalan dari dalam kafe.
Deretan kedai makan yang lain bersebelahan Caffe Slastičarna Saraj.
Jom kita masuk ke dalam....
Lucinda memilih dua potong kek dan segelas lemonade atau limunada dalam bahasa tempatan. Kalau tak silap setiap sepotong kek berharga 6KM .
Amie nak rasa sepotong puding roti berkaramel (tak ingat nama tempatan) dan panna cotta. Untuk basahkan tekak, Amie memesan segelas boza, sejenis minuman tradisional musim sejuk. Panna cotta berharga 3KM manakala puding roti 2KM.
Sejak pertama kali menjejakkan kaki ke kafe ini, Lucinda pasti memesan segelas limunada dan Amie memasan segelas boza. Banyak juha ilmu baru yang kami dapat ketika berada di sini. Buat kali pertamanya, kami memahami maksud perkataan 'racun' yang membawa makna resit atau bil. Minuman kami berharga 1.5 KM segelas. Bermakna dalam RM lebih kurang RM3 (lebih sedikit), sebab waktu itu kiraan 1KM ialah 1/2 EURO. 1 EURO bersamaan 2KM. 1 EURO pula sama dengan RM4.60.
Minta maaf ye adik manis...
Sebab nak tahu jenis minuman dan dessert di sini, sampai minta adik ni tuliskan dalam buku catatan ..... Hvala!
Ambil kesempatan untuk mendalami budaya masyarakat di sini. Terjumpa sebuah buku masakan bersaiz kecil di sebuah kedai buku. Dari sinilah Amie mula mengenali pelbagai jenis makanan tradisional masyarakat Bosnia and Herzegovina. Apa yang menarik di dalam buku kecil ini turut diterangkan asal-usul makanan serta pengaruh Timur dan Barat, Turki, Timur Tengah dan Mediterranean serta Eropah Tengah.
Pada hari yang lain, kami singgah lagi di sini dan mencuba pula pencuci mulut yang lain seperti tufahije. Tufahije yang dikenali sebagai 'queen of Bosnian light desserts' dan dipercayai berasal dari Baghdad ini ialah sejenis pencuci mulut yang diperbuat daripada buah epal yang direbus bersalut dengan sirap manis dan di dalamnya diisi dengan parutan kacang walnut dan almond.
Tufahije terasa enak dimakan dalam keadaan sejuk, dihias dengan krim dan juga taburan kacang tumbuk.
Gambar atas : Burma Kadaif.
Gambar bawah : Kadaif.
Lucinda suka yang lembut kaya penuh berkrim!
Hari terakhir sebelum meninggalkan tanah Bosnia and Herzegovina yang cantik ini, sempat mencicipi hurmasica dan segelas boza.
Ukusne poslastice!
Entri berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan