Pages

Selasa, 12 Julai 2016

Punjungan : Amalan Tradisi Masyarakat Jawa Sebelum Menjelang Hari Raya

Alhamdulillah.... walaupun zaman telah berubah, namun tradisi munjung atau punjungan masih lagi diamalkan oleh orang kampung kami. Apa yang kita fahami dari kecil, punjungan atau munjung membawa maksud menghantar juadah ke rumah saudara mara dan jiran tetangga sehari atau beberapa hari sebelum tibanya 1 Syawal. Selalunya bila ada seseorang datang membawa punjungan, kami akan kata : Ada orang datang munjung. 
Apa yang  dibawa oleh orang yang datang munjung?
Kebiasaannya meraka akan membawa juadah berupa ketupat, lepet, beserta lauk-pauk dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Antara lauk-pauk yang dibawa termasuklah ayam masak kicap, ikan, sambal udang, rendang ayam atau daging, sambal goreng, serunding, mee hoon goreng atau mee goreng dan seumpamanya.
Kita tak sempat melihat keluarga menyediakan punjungan dan dihantar dari rumah ke rumah pada hari raya tahun ini. Bagaimanapun, menjelang petang sebelum hari raya ada beberapa orang jiran tetangga dan saudara mara datang membawa punjungan. Menyedari kepentingannya tradisi punjungan untuk diketahui oleh generasi muda, serta anak cucu akan datang, kita pun tangkap gambar ana yang sempat. Maklumlah waktu itu sibuk didapur masak itu ini! Beginilah antara rupa punjungan setelah kita keluarkan dari bekasnya:

 Sambal Goreng.

 Ayam Masak Kicap.

 Ayam Masak Kari.

Ayam Masak Rendang.

 Sayur Lodeh.

 Sambal Kacang.

 Serunding... biasanya serunding kelapa.
Ini serunding ayam.

 Daun kelapa semakin berkurangan, digantikan dengan punjungan nasi himpit.

 Ada juga yang masih mengekalkan tradisi menghantar ketupat.

 Pertembungan budaya.... munculnya ketupat daun palas!

Petang itu...
Ramadhan  hari terakhir, kami berbuka puasa dengan juadah punjungan!

3 ulasan:

  1. Kak Amie, saya masa masih studi kat UPM ada keluarga angkat kat Sabak Bernam. Owong jowo jugak. Walau saya dari Sarawak, memamg kena ngan tekak ni. Selalu beraya haji kat sana, nak rasa kemeriahannya. Memang kenyanglah walau rasa aji. Sebab kita dapat rasa makanan pemberian jiran2. Paling best kalau datang melawat mereka, yang saya nak sangat ialah sambal tahun. Entah bila dapat merasa lagi. Hari tu jer, saya pergi Papar, bazar Ramadannya, ada mbak tu jual pecal siap bungkus daun pisang lagi, sama rasa macam keluarga angkat buat.Terubat gak keinginan nak makan makanan jawa yang asli. Kat sini(Limbang), bukan tak ada orang jawa, cuma dah 'fusion' pulak rasanya...kang kuah pecal pedas menyengat sampai ke telinga, dah tak rasa lagi campuran sayur, tu yang tak gemar. Keluarga angkat buat pedas sedang2.Rasa kuah kacangnya seimbang ngan sayur2nya.

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya kak amie..seronok bila time raya dapat menikmati hidangan istimewa kegemaran kita.

    BalasPadam
  3. Maria,
    boleh datang lawat keluarga angkat time raya nanti.

    Lina,
    berbaloi2 balik kg :)

    BalasPadam