Pages

Sabtu, 9 Julai 2016

Beraya di Kampung Halaman

Selepas Aidil Fitri 2012, akhirnya  2016 berkesempatan beraya bersama keluarga di kampung halaman.

 Kali pertama Firdaus beraya bersama keluarga di kampung.

 Muka tak berapa nak berseri..... Encik Suami sakit gigi hihihiii...



 Keluarga kecilku....

 Bergambar kenangan di atas tangga teratak Bondaku....

Di pagi raya, selepas selesai solat aidilfitri.
Lepas ni... kami beramai-raai ziarah ke rumah saudara belah Bonda dan Ayahanda... begitulah tradisinya, bahasa kami kata 'bara'an'...  Yang muda berziarah ke rumah yang lebih tua, terutamanya yang ada sangkut paut dengan pertalian darah. Tidak di lupakan, rumah jiran tetangga juga.


Sewaktu kami hendak bara'an, tetamu dari keluarga sebelah Bonda sudah mula tiba...

Alhamdulillah...
Kami sudah sediakan segala minuman dan gelas serta kuih-muih (gotong-royong dari malam). Kak Ros sempat sediakan ketupat dan lauk-pauk. Apa pun, tradisi di kampung kami, biasanya hanya minuman dan kuih-muih sahaja yang dihidangkan. Segala makanan berat telah kami hantar dalam acara 'punjungan' iaitu menghantar dan membalas juadah seperti ketupat dan lauk-pauk sebelum menjelang raya. Jadi, bila Syawal menjelang, kami dapat mengunjungi banyak rumah saudara mara.... Bagaimana pun sekiranya ada sesiapa yang mempunyai 'masa' di dapur, bolehlah hidangkan makanan berat. 
Bonda kata, anak-anak mesti ambil kesempatan ziarah keluarga saudara mara yang masih ada. 
Baik Bonda...

Di rumah Aton.

 Sweet memory...
Kami tujuh beradik perempuan seibu sebapa.
Al-Fatihah buat arwah kekanda kami, Rumijah dan adinda kami Amin Fauzi.

Lima beradik.
Satu profession.

Abang Said... abang sulung kami sebapa kandung.
Al-Fatihah untuk arwah Ayahanda.

Sempat ziarah abang Said.

 Bonda dengan adik bongsunya, Paman Wazir.


 Chah.... adik bongsu perempuan dengan familynya.

 Adeeehhh... si kakak di tengah-tengah, diapit adik-adik... nampak betul mak rendang!


Tangkap gambar dari sudut mana pun, si kakak juga yang paling 'halus' he he heee...

 Adik Wi dengan anak-anaknya.

 Aton dengan anak daranya.

 Sempat ziarah keluarga sebelah arwah ayahanda di Kampung Bukit Hijau.

Sebelum singgah ziarah di rumah Paman Kirman, kami menapak ke masjid dulu untuk solat Zohor. Lepas tu sambung bara'an.

Oh!
Dah ada yang pengsan rupanya di rumah Paman Kirman!

Juga keluarga sebelah Bonda sekitar Bukit Hijau dan Bukit Kucing.

 Adik lelaki Bonda... Paman Kirman.

Sempat menjamu (dijamu) selera dengan ketupat and the gang!
Sedap betul.... sebab time perut dah keroncong! Pukul 3 petang tu!
Terima kasih Ita ( my sepupu)... rezeki kamilah tu nasi beriyani dari Paya Jaras he he heee...

 Sambung bara'an ke Bukit Kucing. Kami ziarah rumah Wak Qulon (kakak Bonda).

Moga Wak Qulon sentiasa sihat sejahtera.
Hari raya pertama kami sempat ziarah 10 buah rumah saudara mara terdekat. Pukul 6 petang kami dah balik rumah... dah tak larat nak jalan.Firdaus pun dah terlelp dalam kereta!

 Ni... tiga beradik niii.... anak ke 6, 7 dan 9.... tak habis-habis posing!





 Bukan selalu dapat jumpa!
Syukur di pagi raya... semua dapat bersua muka!

 Seronok betul diorang bara'an naik motosikal!

 Farid jadi mangsa.... tukang dukung Firdaus sepanjang bara'an!

Fairuz deangan Fuad dah lupa mak bapak!
Dah dapat motosikal... kemain lagi!


 Seronok betul Firdaus beraya!

Sampai tak larat!

 Adeeeehhhh....


Selamat Hari Raya Aidil Fitri daripada kami sekeluarga.

Maaf Zahir Batin.

1 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Amie sekeluarga.Maaf zahir dan batin.

    BalasPadam