Untuk mengubat rasa sedikit kecewa sebab sampai Tanjung Aru, tak dapat buat apa-apa...baikpulih sedang dijalankan, kami teruskan perjalanan. Sudahlah masuk UMS nak tengok akuarium...tutup pulak sebab cuti umum! Nak turun shopping gelang-gelang mutiara pun rasa malas sebab hujan tak berhenti..... elok tidur sajalah dalam bilik kot! He he heeee.... Tak apalah,. Yok kita singgah di Koki Bandung dekat Alamesra tu. Dekat jew dengan Jalan UMS yang tak jadi kita nak tengok ikan tu...
Alamat penuhnya:
Ground Floor, Lot 108 Blok M, Jalan UMS, Alamesra Plaza Permai, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Telefon:+60 88-485 298
Hurrmmm... nampaknya berbaloi jugalah kita makan di Koki Bandung ni sebab Encik Suami dan anak-anak kata makanannya sedap belaka walaupun ada mulanya rasa pelik-pelik juga nak order apa.
Sentiasa berhati-hati bila air yang dipesan sampai, sebab Firdaus pantang nampak air dalam gelas! Adalah tu kerja yang nak dibuatnya...
Pecel Lele... hidangan yang dipesan Fuad. Bila Pecel Lele sampai ke meja, Fuad terkejut... lalu bertanya kepada pelayan : Ini apa? Bila dijawab Pecel Lele... Fuad terus berkata : Saya sangka pecal ha ha haaa... terus kami tertawa! Haaa... lain kali baca betul-betul menu yang tertulis, jangan main hentam saja ye Fuad. Disangkanya pecal jawa yang penuh sayur-sayuran celur dengan kuah kacang!
Kita order Ikan Terbang...ikan talapia goreng yang dipotong bentuk burung terbang. Bila Ikan Terbang ini sampai ke meja, Fuad minta tukar dengan kita....
Fairuz... kalau ada Ayam Penyet, memang tak mahu lepaskan peluang!
Bekas nasi pun nampak unik, tradisional.... Nasinya tidak sama seperti nasi biasa yang kita makan. Warna nasi agak perang sedikit dengan aroma daun limau purut dan rasa garam sedikit.
Ini Kuey Teow Encik Suami... besarnya mangkuk!
Firdaus tak boleh nampak sambal!
Memang Firdaus dengan sambal tak boleh dipisahkan!
Dia pun cicah keropok dengan sambal!
Terpaksa minta tambahan semangkuk lagi keropok sebab Firdaus tak cukup makan semangkuk!
Akhirnya kita yang meratah Pecel Lele. Sedap laa... rugi Fuad tak mahu makan! Fuad & Fairuz minta tambah sambal untuk lauk masing-masing!
Nampak benda ni atas kaunter. Harganya RM10.00
Kita sangka kentang goreng bersira sambal.
Kata pelayan di situ...bukan!
Itu pisang...katanya!
Kita pun beli satu.
Esoknya...
Sekali lagi kami naik ke Desa Cattle Diary Farm...
Tapu hujan lebat, kabus tebal...tak nampak apa-apa.
Tempat parking penuh sesak!
Untuk lepaskan tension... kita buka bekas di atas tu...
Menyesal!!!!
Kenapa cuma beli satu?
Sedaappp sangat!
Nak patah balik ke Koki Bandung?
Adeeehhhh...tunggulah lain kesempatan!
Moga-moga masih ada benda ni... tak tahu nak panggil apa.
Jadi, kepada yang pergi ke Koki Bandung tu, sudi-sudikanlah beli kudap-kudapan ini yea... sedap tau!
Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU:
MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU
KUNDASANG WAR MEMORIAL (TUGU PERINGATAN PERANG KUNDASANG)

lain kali datang, boleh try menu 'Ayam Pukul'memang favourite setiap kali ke Koki Bandung =)
BalasPadamKapten Keirin,
BalasPadamterima kasih atas info.