Pages

Sabtu, 4 Jun 2016

Makan di Sushi King 1Borneo

Malam terakhir di Kota Kinabalu.
Anak-anak sudah menagih untuk makan di Sushi King...padahal baru jew malam semalam makan sushi 21 piring di Sushi King Suria Sabah.
Jadi, malam itu kami pun singgah sekali lagi di Sushi King tapi di 1Borneo Hypermall laaaa... dah di situ kami menginap! Sekali lagi terlepas 20% diskaun makan antara pukul 3-6 petang!


 Tengoklah gaya Firdaus ni....
Ada-ada saja yang dibuatnya!
Memang tak boleh duduk diam...

Di 1Borneo, chef-chef menyiapkan sushi di ruangan terbuka. 
Suka sangatlah Firdaus melihat mereka bekerja.
Ditambah pula dengan piring-piring sushi yang bergerak di atas conveyor itu... harap Firdaus taklah jatuhkan piring-piring tu!


Kita pesan kat anak-anak...
Semalam kita dah makan sushi di Suria Sabah.
Malam ni kita order makanan lainlah pulak.
Nak juga merasa Japanese Food selain sushi.


Walaupun masing-masing sedang menunggu pesanan tiba, Fairuz asyik memandang sushi yang bergerak di atas conveyor di sebelahnya...
Adik nak makan sushi ke? Kita tanya. Kesian tengok mukanya...
Bolehkah ambil? Tanyanya semula.
Ambillah... tapi jangan banyak sangat, nanti makanan yang diorder tak muat masuk perut. Kita berpesan.

 Cepat-cepat Fairuz capai piring berisi sushi...
Piring pertama...

 Piring kedua....

 Mixed Bento Encik Suami pun tiba.

 Nampak penuh lauk-pauknya.
Mixed Bento RM14.90

 Datang pula Spicy Ramen pesanan Fairuz.
Adeeehhh... tengok tu... tangan Firdaus mula mengacau!
Spicy Ramen RM15.90

Firdaus nak makan dengan Fairuz... memang Firdaus sangat rapat dengan Fairuz! Apa-apa mesti nak share berdua! Dah tu pula... nak makan yang pedas-pedas!


Ini kita punya Takoyaki. 5 biji jew.... Cukuplah 5 biji sebab rasanya sangatlah lemak berkrim! Tapi kita makan bubuh wasabe dengan sos manis & masin sikit...yummy!
Takoyaki RM6.90

 Fuad punya... Katsuni Set... deep fried chickhen with onion & egg.

Katsuni datang dengan dapurnya sekali. Kena tuangkan telur di atasnya sementara kuah masih mendidih....


 Puding & sup antara yang terdapat dalam hidangan Katsuni.

 Macamana tu... Firdaus gunakan copstick kaaa... ha ha haaaa..

Agaknya Katsuni Set ini terlalu banyak isinya.... Fuad tak habis makan seorang! Fairuz tolong habiskan...


 Dah habis makan Spicy Ramen, Firdaus mengadap semula ke conveyor...

 Walaupun memesan makanan, tapi sushi tetap jadi idaman anak-anak...

 9 piring sushi...

Sebagai ibu yang bijak...eceewaaahhh... sekali lagi kita order green tea sahaja... 1 botol boleh minum 4 orang tapi kali ini kita minta 2 botol. 

Alhamdulillah...
Sudahlah ye anak-anak...
Cukuplah untuk kali ini.

Lain kali boleh datang lagi.

Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU
KUNDASANG WAR MEMORIAL (TUGU PERINGATAN PERANG KUNDASANG)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan