Pages

Selasa, 17 Mei 2016

Rendang Pedas Udang Galah

Udang galah lagi!
Kali ini masak rendang pulak.... buat pedas-pedas!
Makan dengan nasi panas... barulah terangkat! Kuar peluh dek kerana pedasnya tuh! Tapi pedas-pedas cili padi, bila berjumpa dengan santan dikuali...memang pedas yang menyelerakan!


Hmmmm... ini rendang orang 'rajiiinn' sebab pakai kerisik dalam paket. Kerisek tu pula taklah halus dan berminyak seperti yang kita buat sendiri. Tapi, hasilnya...kok enak banget! Sungguh! Yang paling best... aroma rendang yang terbit dari masakan tu... semerbak jew bau ramuannya, serai bertemu lengkuas dan kunyit hidup dalam kuali!  Bila makan, habis dulu kuah rendang berbanding udang galah berkepala besar tu!


Jom, tengok resepinya di bawah ini:

Bahan:
8 ekor udang galah saiz besar - perap seketika dengan perahan lemon dan sedikit garam - cuci bersih dan toskan
4 sudu besar kerisek
2 cawan pati santan
1 keping asam gelugur
1/2 cawan minyak
perencah Maggi Cukup Rasa / garam / gula 
1 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 labu bawang besar
30 biji cili padi hijau
2 batang lengkuas - hiris-hiris
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak.
2. Masukkan pati santan, asam gelugur dan  kerisek.
3. Setelah mendidih, masukkan udang galah dan gaul rata. 
4. Apabila kuah mulai memekat, tambahkan hirisan daun kunyit, 
5. Jika suka boleh perasakan dengan perencah Maggi Cukup Rasa atau perasa pilihan lain.
6. Padamkan api dapur.


 Jemput...
Makan dengan nasi panas!


Bismillah....

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak..
    tgk udg duk baring tu terus rsa lapar lak..sedapnyaa..
    kat rmah kita klu udg duk msak tomyam atau kuah kuning je sokmo..xpernah lgi buat rendang rsanya..kita pon ada 1 menu udg duk peram dlm folder tu..tunggu Q..wak udg beryani minggu lepas..

    BalasPadam
  2. Sedapnya... rendang udang. Baru je lepas makan. Tapi bila tengok udang tu, terasa lapar lah balik.

    BalasPadam
  3. Assalam Amie,
    bestnya kat sana senang dapat udang galah..kat sini dahlah susah dapat ..kalau ada pun mahal giler & kecik2 aje..
    sedap udang galah masak rendang..slurpssss...

    BalasPadam