Petang Sabtu itu, 30 April 2016...
Setelah hampir 1 jam 1/2 mencari tempat letak kereta di bandar Sandakan (waktu itu bandar penuh sesak), akhirnya kami putuskan untuk berpatah balik ke Bandar Utama, Batu 5 memandangkan hari menjelang petang dan tempat penginapan belum ditemui. Hasrat untuk bermalam di bandar Sandakan terpaksa dibatalkan. Teringat pesan Cikgu Johny : Kalau ke Sandakan bermalam saja di Hotel Tyng Garden, depan GIANT. Banyak bilik dan harga pun ok, katanya. Bila kami sampai ke sana, bilik penuh. Kata kakitangan di situ, cuba cari hotel di kawasan belakang GIANT. Kami pun gerak ke sana, dan terpandang One Utama Hotel. Memikirkan hari mula senja, kami pun tak banyak fikir untuk mencari tempat penginapan yang lain. Kalau ada kekosongan bilik, masuk sajalah di situ.
Ya... tidak ada family room. Tak apalah.... kami sewa 2 bilik, untuk kita dan Encik Suami serta Firdaus, dan satu lagi untuk Fairuz dan Fuad. Bilik kami terletak berhadapan.
Bilik Fairuz & Fuad.
Bilik kita & Encik Suami & Firdaus.
Dua-dua bilik yang kami sewa memanglah agak sempit, tapi cukuplah sekadar untuk mandi, bertukar pakaian dan tidur sebab kami akan habiskan sepanjang dua hari untuk berjalan-jalan. Sewa yang dikenakan untuk bilik kami ialah RM75 dan bilik budak dua orang tu RM85. Kami menginap selama 2 malam dan deposit sebanyak RM380.00 kami tunaikan.
Hotel bajet...
Walaupun sempit, nak solat pun terpaksa menyelit-nyelit, yang penting budak kecik Firdaus tu dapat merehatkan diri. Cuma...
Yang tak berapa menggembirakan hati pada pagi hari kami check out tu...
Kami dikehendaki bayar RM20 untuk denda kerana mengotorkan cadar dan tuala kaki! Rupanya ada kesan tumpahan kopi di atas cadar di bilik budak berdua tu.
Kata pekerja yang bertugas pagi itu, wang tersebut akan digunakan untuk mencuci cadar. Kita kata memanglah semua hotel akan cuci cadar yang telah digunakan! Tapi kata mereka, wang gaji mereka akan dipotong oleh tuan punya hotel sekiranya mereka tidak menjalankan tugas mendenda kami! Adeeehhhh...
Kita kata, bukankah denda bayaran hanya dikenakan jika ada barang yang kami pecahkan atau 'terambil' barang seperti tuala hotel.
Tapi Encik Suami malas dan bersoal jawab.... katanya...okeylah, bayar saja!
Inilah antara kesan tumpahan air kopi di atas tuala kaki dan cadar. Kata Fairuz dan Fuad, tumpahan itu berlaku pada hari pertama kami menginap. Firdaus yang tiba-tiba masuk ke bilik mereka...terlanggar Fairuz yang sedang minum kopi. Keesokan harinya sebelum keluar bilik, memang kami letak signboard untuk bersihkan bilik, tetapi cadar dan tuala kaki di bilik anak-anak diletakkan saja di dalam almari...tidak dibawa keluar seperti kebiasaannya.
Inilah pengalaman pertama kena denda sewaktu menginap di hotel. Lain kali kena hati-hati. Walaupun setakat RM20, tapi hati masih mendongkol...bukan pasal duit....tapi!
Bagaimanapun... kita cuba tanya kawan-kawan di FB dan jawapan mereka mengatakan tidak pernah didenda walaupun ada yang tertumpahkan kuah kari. Salah seorang daripada rakan FB mengatakan pernah kena denda sewaktu menginap di Hotel Sandakan tapi kita tak tahu apa bentuk dendanya dan sebab apa, Kita pun pernah menginap sekeluarga di Hotel Sandakan pada tahun 2007. Seorang teman, pernah menginap di Hotel King Park, Tawau. Katanya, setelah memandu meninggalkan hotel beliau ditelefon oleh phak hotel dan memintanya kembali semula ke hotel kerana ada masalah. Rupanya kawan kita, James tidak meletakkan semula tilam yang diturunkan dari katil Kena bayar RM30.00! Disebabkan panik dan tak boleh berfikir panjang kerana terkejut, James pun bayar denda tersebut! Seorang lagi rakan sekerja, Gee cerita pengalamannya menginap di MB Hotel, Tawau. Ketika urusan check out, dia diminta membayar denda... Gee sempat bertanya...denda apa? Sama seperti James...tidak naikkan kembali tilam ke atas katil! Gee cepat-cepat meminta salah seorang rakan yang bermalam di situ masuk semula ke bilik dan naikkan kembali tilam ke atas katil! Selamatlah Gee.....
Kedua-dua hotel itu... MB HOTEL dan KING PARK HOTEL memang tempat lepak kami sekeluarga saban tahun kalau ke Tawau! Hadeeehhh.... lepas ni kena hati-hati...
mengarut sangat ni.Boleh ke hotel buat begitu.Tak pernah kena pon sebegini. Mungkin hanya di Sandakan dan Tawau sahaja.Tapi kalau berleluasa, pelanggan berhak bersuara.Ada tak terma dan syarat tersebut di nyatakan semasa kita check-in.Kalau takde boleh buat aduan ke badan tertentu kot seperti kalau beli barang kene tipu tu apa nama unit pengguna ke apa tu
BalasPadamSilent reader
Salam Amie..rasanya selama atie dok hotel klu g mana2..xpernah lg kena denda sampai gitu sekali !!Pasni takyah g kat hotel tu la...semua nak kira :(
BalasPadamKak Amie , prihatin sekali membaca cerita hotel kasih denda ini . Rasanya kok agak2 aneh dan berniat menipu ya ? Kesannya bener2 mau cari untung . Jangan2 besok2 hari kalau pake sprei atau handuk jadi basah bakal kena denda juga ? Hahaha . Bukan hotel melainkan showroom lah itu namanya kalau apa2 gak boleh kotor/terpakai . Aku noted ke 3 hotel ini , kalau kesana akan cari hotel lain .
BalasPadam