Seorang teman mencadangkan kami cuba makan di sebuah restoran X... Katanya di situ makanannya sedap-sedap. Kita pun bergeraklah menuju ke tempat tersebut. Memang restorannya besar, banyak pengunjung dan banyak pula tempat pilihan makanan yang pelbagai. Kita pun teruja...terus masuk cari tempat duduk. Sayangnya tak ada seorang pun pelayan yang datang mengambil pesanan. Ada yang lalu depan kami pun buat tak tahu saja bila kami cuba senyum-senyum dan panggil. Kita berpandang-pandangan dengan En. Suami. Encik Suami kata... marilah cari tempat makan lain. Kami pun keluar meninggalkan restoran tadi...
Ini merupakan pengalaman kedua di Sandakan yang tak ingin kami ulangi buat kali ketiga! Yang pertama, pada petang hari sebelumnya ketika ingin makan-makan di warung di tepi laut,.. keadaan yang sama berlaku! Kami duduk lebih lama, tetapi pelayan datang terus mengambil pesanan pelanggan yang baru duduk di meja bersebelahan dengan kami. Entah berapa minit menunggu....terpandang-pandang dan memanggil pelayan untuk ambil pesanan! Nampak macam naik hangin juga Encik Suami...... cari tempat lainlah, kata Encik Suami! Bila nampak kami sekeluarga bangun meninggalkan meja, ternampaklah pulak seorang pelayan memanggil seseorang untuk ambil order dari kami....he he heee...Encik Suami terus berjalan, kita pun ikut sajalah.
Bukan nak jatuhkan bisnes bangsa sendiri...tapi kecekapan mengurus itu tidak dititikberatkan! Cuba... kalau kita ke restoran bangsa XYZ... cepat jew ambil order, lepas tu kalau pesanan tak sampai dalam beberapa minit, akan datanglah seseorang yang memantau di situ bertanya...sudah order atau belum?
Encik Suami memandu menyeberang jalan dan akhirnya kami singgah di Restoran Bamboe. Restoran ini terletak di Bandar Labuk, Sandakan.
Sesuai dengan namanya, Restoran Bamboe...restorang ini dipagari oleh bambu di sekelilingnya. Keadaannya bersih dan suasana di sini tenang dan nyaman.
Kita ikutkan kehendak anak-anak untuk pesan makanan sebab kita cuma nak makan yang ringan-ringan saja.
Kita pesan Soto Banjar seperti di bawah ini.
Fairuz pula pesan bakso.
Segar dan nyaman...
Pelbagai air buah...tembikai, lobak merah, nanas...
Sotong Goreng Tepung saiz sederhana.
Ikan merah masak tiga rasa.
Sawi masak sos tiram
Order udang goreng butter tapi katanya udang habis... dah... cukuplah tu untuk makan malam.
Kita tak jadi makan Soto Banjar sebab Firdaus habiskan! Pandai makan soto ye sayang...
Total : RM80.00.
Entri lain berkaitan jalan-jalan ke Sandakan:
Assalam Amie,
BalasPadamkadang2 terkena juga pengalaman macam Amie ni..
kita dah sampai dulu tapi order kita datang lambat
& belum siap compare dengan the next table..
Ada tu sampai dari lapar terus masuk angin dah kenyang
tak boleh makan dah..huhu...
Pandai Firdaus makan soto ya.
dah besarlah dia...:).
Assalam amie..pekabo? Lama akak tak menjenguk dapur amie. Mcm2 resipi kita ketinggalan..huhuu!
BalasPadamAssalam amie..pekabo? Lama akak tak menjenguk dapur amie. Mcm2 resipi kita ketinggalan..huhuu!
BalasPadamBerbaloi la dengan harga semua menu nampak sedap
BalasPadamLawa restoran nikan....harga makanan pun boleh tahan....bestnya. Kalau dekat boleh try...
BalasPadamSana restoran bamboe memang sedap sis, dah berkali-kali kami makan. Kalau nak cari sandakan ufo tat boleh order dengan kami. 3 hari sebelum tarikh dikehendaki.. www.facebook.com/thezarashopz whatsapp: 0128440271
BalasPadam