Pages

Isnin, 9 Mei 2016

Gua Gomantong : Jom Masuk!

7 & 8 Mei 2016.
Terlupa 8 Mei itu Hari Ibu....
Bersama rakan-rakan terbaik di dunia.... kami pun bertolak dari Lahad Datu pada pukul 8 lebih  pada waktu pagi dengan menggunakan 4 buah kenderaan. Ada pun... semuanya berjumlah 14 orang.
Tempat di tuju : Sukau.
Kami berhenti sebentar untuk membeli barang-barang keperluan di Pekan Kinabatangan dan menyambung perjalanan sehinggalah ke simpang masuk ke Sukau. Jarak antara Lahad Datu ke Sukau ialah sejauh 128 kilometer. Setelah menadi sejauh 86 km, kita akan jumpa simpan ke Sukau, masuk ke kanan dan  pemanduan diteruskan untuk sejauh 42 km lagi.


Memandangkan masih agak awal untuk sampai ke Sukau...check in hotel dijadualkan pada pukul 12 tengahari, jadi kami pun menyimpang masuk ke jalan Gua Gomantong untuk melengah-lengahkan masa. Maklum... baru pukul 10 pagi!

 Nampaknya sudah ada pelancong yang tiba terlebih dahulu di sini...

Mesti semua sudah tahu tentang kehebatan gua-gua di negeri Sabah kaann... Dalam buku sejarah pun ada disentuh tentang kegiatan ekonomi masyarakat pribumi Sabah sebagai pencari sarang burung. Di sinilah (gua) tempat mereka mencari rezeki memungut sarang burung. Tak pernah lagi merasa sarang burung....  dengar harganya pun kena fikir 99 kali nak beli atau tidak! Tengok sajalah sarang burung tu...yang katanya mempunyai khasiat yang sangat tinggi!


Untuk lebih labjut, bacalah info di atas tu. Kita hanya boleh membayangkan betapa kuat semangat dan beraninya pemungut sarang burung...sanggup menggadai keselamatan! Patut pun harganya mencecah ribuan ringgit untuk 1 kg sarang burung! Setahu kita, harga sarang burung yang belum dibersihkan berbeza dengan harga sarang burung yang belum dibersihkan. 20 tahun yang lalu, ada seorang rakan kita jual sarang burung yang belum dibersihkan berharga RM1,500  untuk 1 kg. Bayangkan harganya pada hari ini....

 Jom... sedia-sedia untuk jalan-jalan masuk gua!
Oh! Yaaa.... kena beli tiket dulu sebelum masuk : RM5.00.
Entah ke mana terbang tiket kita tu.... tak dapat nak paparkan di sini.


 Entrance to cave Simud Hitam yaaa....

 Jalan terus ikut jambatan kayu dan anak panah ...

Gua Gomantong merupakan salah sebuah gua dalam Hutan Simpan Gomantong Kelas ke IV dalam kawasan seluas 3,297 hektar di daerah Kinabatangan. Gua ini merupakan gua terbesar dan pengeluar utama sarang burung di negeri Sabah. Ada dua gua besar di sini iaitu Simud Hitam dan Simud Putih. Belok kanan ye ke Simud Hitam, bukannya ke kiri ke Simud Putih tu... sebenarnya ada lagi beberapa buah gua kecil di sekitar.

Taklah jauh sangat perjalanan ke sini, hanya beberapa minit sahaja dari pintu masuk.

Ada rumah pekerja di hadapan mulut Gua Gomantong. Pekerja di sini dimaksudkan sebagai pemungut sarang burung apabila tiba musim menuai / memungut.


Pengurusan Gua Gomantong dikendalikan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah mengikut sistem Pengurusan Gua Sarang Burung di Sabah dan dikawal selia di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.


 Mulut gua...

 Di tepi pintu Gua Gomantong....gua batu kapur.




Selamat datang...
Aduuussss.... kalau nak masuk sini jangan lupa pakai mask atau penutup mulut / hidung! Baunya...ya ampun! Tapi kami terpaksa redah jew...



 Di bahagian dalam, keadaannya gelap!

Rasa macam nak patah balik keluar... tak tahan dengan bau tahi kelawar yang bertimbun-timbun di bawah laluan pejalan kaki! Balik-balik kita tengok arah pintu gua...tengok cahaya yang menerpa masuk!

 Ini dia tahi kelawar yang memenuhi lantai gua!!!

Sebenarnya banyak spesies pembangkai yang tinggal di lantai gua ini. Mereka memakan bahan-bahan yang jatuh dari langit gua...  Siapa mereka ini? He he hee... tak lain tak bukan si musang, tikus, biawak, kumbang, lipas, lalat, kupu-kupu dan sebagainya! Ada sungai di dalam gua ini tapi airnya tidaklah mengalir seperti sungai yang kita temui di luar... Yang kita nampak dalam sungai yang dipenuhi tahi kelawar...ketam! Itu....Nano yang tunjukkan!


 Tahi kelawar... tahi burung!

 Ada beberapa pintu gua yang agak kecil yang boleh dilihat dari dalam gua ini.

 Hati-hati...
Ada spesies ular juga di dalam gua ni, tapi jenis ular yang hanya makan serangga, kelawar dan anak burung layang-layang.




Bayangkanlah...
Berada di dalam gua yang gelap, lembab!

 Tumbuhan yang ada di mulut gua hanya lumut dan paku pakis!

Uniknya, di dalam gua inilah adanya 'emas' untuk pencari rezeki yang gigih dan sanggup bergadai nyawa! Tak boleh bayangkan betapa gayatnya...'.. dengan ketinggian ke paras bumbung gua untuk memungut sarang burung!

 Banyak terowong dalam gua ni.

 Antara serangga yang kita temui sepanjang meneroka gua...


 Huh! Rasanya baru boleh bernafas semula setelah berada hampir di mulut gua!

Alhamdulillah....
Dapat menyedut udara segar!

 Jom!

1 ulasan:

  1. Bau taik kelawar tu yang tak tahan....masih teriang-giang baunya walaupun dah berpuluh tahun berlalu masa lawatan sekolah dulu ke gomantong.

    BalasPadam