Salah satu hidangan popular di negeri Sabah sudah tentunya Coto Makassar! Coto Makassar yang merupakan masakan tradisional masyarakat Bugis ini dikatakan berasal dari Makassar, Sulawesi Selatan. Bagaimanapun, tidak semua tempat menyajikan hidangan sebegini... jadi kena bijak pandailah bertanya dengan pak google dan yang sewaktu dengannya! Kita dah pernah rasa Coto Makassar di Tawau dan Lahad datu. Kali ini kita nak cuba pula Coto Makassar di Sandakan!
Walaupun pernah masak Coto Makassar beberapa kali, tapi nak juga merasa hasil tangan orang lain terutama tangan yang benar-benar ada darah "Bugis'nya... he he heeee... Kita order coto perut. Biasanya kalau di Lahad Datu, Coto Makassar dimakan bersama buras, tapi di sini dihidangkan bersama nasi himpit. Tak apa... kita pun kalau buat Coto Makassar..kita sajikan dengan nasi himpit. Tak larat nak buat buras... tak pandai pun...ahaks! Tapi kalau dinikmati bersama buras, memanglah terasa kelainannya..sebab buras beraroma daun pisang dan lebih padat isinya.
Encik Suami punya pesanan...coto daging dan di bawah ini pesanan Fuad dan Fairuz...coto ayam. Ada pun... nak makan coto di sini pun kena berjuang menahan sabar....
Seawal pukul 7 pagi kami bertolak dari hotel kononnya untuk menikmati coto di sini. Info tentang kedai coto ini adik ipar yang bagi sebab dia memang biasa makan coto di situ. Katanya kalau nak coto sedap, boleh makan di sebuah kedai makan ...kedai makan kepunyaan peniaga Cina, tetapi yang menjual coto, orangnya di bawah ini...
Kebetulannya hari itu hari minggu. Sana-sini jalan penuh sesak dengan pasar minggu dan orang ramai. Hampir 2 jam Encik Suami berpusing keliling mencari parking, akhirnya kami putuskan untuk kembali semula ke Bandar Utama...nak isi perut! Berkeroncong sudah.... dek menahan hati nak makan coto Makassar...yang entah berapa kali kami lewati di hadapannya!
Tinggallah dulu Coto Makassar... ada rezeki dapatlah datang lagi! Kami teruskan perjalanan ke Sepilok, masuk Rainforest Discovery Centre dan terus ke Taman Buaya. Sebelah petangnya kami kembali semula ke sini... ke kedai Coto Makassar yang kedudukannya berhadapan dengan pasaraya Genting Mas, dan terminal bas.
Nak masuk...nak makan semangkuk coto di sini pun kena berjuang lagi! Tempat duduk penuh sesak! Tapi akhirnya dapat juga duduk di satu sudut! Bila tengok keliling, elok saja sekumpulan pelanggan bangun, terus menyerbu pelanggan lain duduk di situ! Tuan punya coto dan beberapa pekerjanya pula tak menang tangan memotong, mencincang bahan isi coto... Boleh order pelbagai jenis isi coto mengikut selera masing-masing.
Ini dia Genting Mas yang kita maksudkan...
Nak makan coto kenalah berjalan menyeberang ke kedai... kami berjalan kaki sebab parking kereta di belakang nun dekat laut!
Wokey.... jadi dapatlah merasa semangkuk coto Makassar di Sandakan. Yang menariknya, kuahnya agak berwarna keputihan...mungkin kacang yang dikisar dibuang kulitnya... he he heee... Rasanya pun sedang-sedang enaknya. Bila ditambah dengan perahan limau kasturi dan sambal...aduuusss, rasa macam mau minta tambah semangkuk lagi!
Esoknya...
Sebelum pulang ke LD, sekali lagi kami singgah untuk sarapan pagi di sini. Kali ini, sangat bertuah sebab dapat melihat sendiri tuan punya coto (Tuan Haji Alimuddin) yang sangat sibuk mencincang segala bahan isi coto.
Encik Suami tukar menu pulak... coto daging campur dengan bee hoon.
Kita cuba coto paru dengan prut pulak! Tetap nak makan dengan nasi himpit.
Fairuz dan Fuad... coto ayam dengan bee hoo,
Firdaus : Kupas 3 biji telur ayam rebus dan makan dua keping roti bakar!
Inilah wajah Tuan Haji Alimuddin bin Indala... memang sangat sibuk melayan pesanan yang tak putus-putus!
Sesiapa yang belum pernah makan coto Makassar...
Coto atau soto ini sebenarnya mempunyai sedikit kelainan berbanding soto biasa. Cara masakan dan bahannya lebih kurang sama terutama penggunaan rempah, lengkuas, serai dan sebagainya.
Bezanya...penambahan bahan iaitu kacang tanah goreng yang dikisar menjadikan kuahnya sedikit pekat berbanding sup lain!
Mudah-mudahan ada yang berusaha untuk mengekalkan resepi warisan tradisi yang sememangnya unik ini!
Jadi, kalau berkunjung ke Sabah... tinjau-tinjaulah warung coto Makassar dan cuba-cubalah untuk mencicipinya!
Entri lain berkaitan jalan-jalan ke Sandakan:
Hihi... kakak ingatkan Amie salah eja Soto
BalasPadamBila baca semua baru tahu memang COTO:)
Tak pernah pulak kakak merasanya
Nampak menggoda juga tu
comel je panggil COTO....
BalasPadamAlhamdullilah sy sll mengikuti blog Amie....sy org Sdk dan coto di sini mmg terbaik..... Setiap kali balik SDK...mmg kami akan mencari coto ini.
BalasPadam