Pages

Sabtu, 23 April 2016

Kek Lapis Lembayung Petang

Agak lama juga kita tak kongsi resepi kek lapis.
Kek lapis yang nak kita kongsi kali ini agak istimewa sedikit... sebab olahan dan ikut citarasa sendiri. Alhamdulillah, bagi yang berminat inginkan kelainan dari segi aroma dan rasanya, bolehlah mencuba. Kita bawa ke sekolah, dan habis licin tinggal tupperware kosong. Terima kasih kawan-kawan sebab sudi menjamah Kek Lapis Lembayung Petang kita tu. 

 
Kita hanya gunakan putih telur saja... 20 biji putih telur! Tak masuk kuning telur ye. Dulu kita pernah buat kek lapis menggunakan 20 biji putih telur iaitu TRIO LAYER CAKE. Sedap! Itu pasal kita nak buat lagi, tapi kita gunakan perasa yang berbeza pula.

Lapisan paling bawah tu kita tambahkan blueberry fruit filling. Lapisan keduanya pula strawberry filling, yang ketiga tu yang nampak warna oren sudah tentulah oren fruit filling dan yang atas sekali tu lemon fruit filling. Kononnya atas pemilihan lapisan 4 warna tadi, terbentuklah nama Kek Lapis Lembayung Petang yang mewakili warna-warna menjelang senja. Pada mulanya nak bubuh nama Kek Lapis Lembayung Senja, tapi Encik Suami kata perkataa "senja' tu macam sedih dan sayu jew... Hi hihiii... tukarlah kepada 'petang' katanya.


Bahan-bahan:
Bahan A
200 gram tepung hong kong
350 gram mentega tulen
350 gram susu pekat manis
50 gram gula kastor
20 gram ovallete
20 biji putih telur gred A
200 gram blueberry fruit filling
200 gram strawberry filling
200 gram oren fruit filling
200 gram lemon fruit filling

Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.

Cara:
1. Pukul  mentega bersama gula kastor dan ovallete dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.
2   2.  Masukkan putih telur dan pukul lagi hingga sebati.
3   3.  Perlahankan mixer, dan tambahkan susu pekat manis diikuti dengan tepung hong kong. 
4   4.   Setelah adunan sebati, bahagian kepada 4 bahagian.
5   5. Tambahkan setiap bahagian dengan sejenis fruit filling sahaja . Hasilnya, terdapat 4     bahagian yang mengandungi fruit filling yang berbeza.
6   6.  Ambil dua senduk adunan blueberry fruit filling dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas dengan suhu 200’C selama 10 minit .
7   7. Keluarkan loyang kek dan tekan dengan sterika kek. Lakukan begini pada setiap lapisan kek supaya kek tidak menggelembung.
8  8. Setelah habis adunan blueberry fruit filling, teruskan dengan adunan strawberry filling hingga selesai, dan diikuti dengan adunan lemon fruit filling. Akhiri lapisan kek dengan adunan lemon fruit filling.
9  9. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah menggunakan suhu 140’C dan bakar lagi di antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek. 

Nikmatilah sepotong Kek Lapis Lembayung Petang dengan gabungan isian blueberry, strawberry, oren dan diakhiri dengan isian lemon di bahagian atasnya! Resepi Kek Lapis Lembayung Petang ini tersiar dalam MAJALAH SAJI EDISI APRIL 2016.

6 ulasan:

  1. rajinya Amie buat kek lapis..acik buat kek yang senang je ami..tapi tengok gambar kek amie tu rasa terliur pulak

    BalasPadam
  2. cantik warna kek lapis Amie
    sbb tulah laris kat sekolah kan

    BalasPadam
  3. Puan..sy nk cuba respi ni.. Mne tahu boleh, ada rzki boleh open tmpahan raya ni..

    BalasPadam
  4. Sedap nyer...cari-cari info tentang kek lpis jumpa lak blog awak....sngt sedap nmpk kek tu..sy memang suka mkn kek lapis....www.keladionline.com

    BalasPadam
  5. Acik,
    ikut mood jugak ni ha ha haaa...

    Kak Noor,
    alhamdulillah kak... menjadi kot warna lembayung di petang hari... ngeeee

    Husna,
    silakan

    Keladi Ubi,
    terima kasih tersinggah di sini :)

    Syapex,
    warna alam...

    BalasPadam