Pages

Isnin, 18 April 2016

Asam Pedas Ikan Taman Selera

Fairuz nak makan steamboat.
Kami sekeluarga pun pergilah ke bandar Lahad Datu. Restoran steamboat yang biasa kami kunjungi tutup.
Encik Suami terus memandu ke Singa Point tapi hati tak berkenan untuk makan di situ.
Patah balik, tapi tak balik ke rumah.
Perut dah keroncong.
Akhirnya kami singgah di Taman Selera, bersebelahan dengan taman perumahan kami. Memang tak pernah ke sini. Nampak suasana kedai makan yang sangat lengang. Tapi dek teringat cerita seorang kawan yang pernah makan di sini... katanya asam pedas ikan di sini boleh tahan sedapnya, kita pun melangkah terus mencari tempat duduk.
Makanan yang dipesan ikut selera Fairuz dan Fuad, kecuali asam pedas ikan dan tom yam campur, itu kita punya pesanan.

Sesiapa sahaja boleh menikmati hidangan di sini, sebab harganya memang mampu bayar! Kita pun terkejut melihat hidangan seekor ikan merah masak asam pedas saiz sederhana berharga RM15 sahaja! Kita pesan seekor sahaja, cuma gambar kita letak dua ...he he heee.

 Kami anak-beranak sepakat mengatakan masakan asam pedas di sini sedap!

Sotong goreng tepung... pilihan anak-anak. Juga saiz M : RM15.00.
(Fairuz... tangannya tu dah tak sabar nak menjamah nasi, tambah sepinggan nasi lagi budak tu ooooo...)

Ke mana-mana kami pergi kalau singgah di tempat makan yang ada seafood, memang anak-anak tak tinggal order udang goreng butter. Inilah rupa udang goreng butter di sini. Saiz M juga, RM15.

Paling memeranjatkan bila tom yam campur yang dipesan tiba di meja kami. Ini saiz besar... hanya berharga RM8.00 sahaja!

Semangkuk tom yam campur sangatlah mencukupi untuk kami 4 beranak menikmatinya! Macam-macam campurannya, termasuk isi ayam, udang dan sotong serta sayur-sayuran. Memang isinya banyak!

 Tinggal kuah tom yam!

Dan tulang ikan merah!
Sotong goreng tepung dengan udang goreng butter tak usah ceritah.... hihihiii...

 Air 5 gelas.
Setelah kenyang... nak bayarlah.
Semuanya berjumlah : RM70.00.

Kalau dari arah Lahad Datu, Taman Selera ini letaknya di simpang pertama selepas stesyen minyak Shell. Nak senang, Taman Selera ini terletak di taman Harapan. Kalau dari arah Tawau, Taman Selera ini terletak di sebelah kanan sebelum traffic light Sri Perdana & Taman Aman Jaya. Di buka hanya pada sebelah malam sahaja. 
Ketika kami melangkah keluar, orang ramai mula memenuhi meja-meja yang terdapat di situ.

Asam Pedas Ikan Merah : Rasanya sedang-sedang, dan memenuhi selera!

5 ulasan:

  1. Memang selera sngt bila nmpk ni ngam lah tu nama nya Mie

    BalasPadam
  2. Memang selera sngt bila nmpk ni ngam lah tu nama nya Mie

    BalasPadam
  3. Assalam kak ammie...
    Mmg nmpk menyelerakan semua tu..bestkan JJCM kalau makanan semua sedap2

    BalasPadam
  4. murahhhhh.... nmpk sedap semuanya pulak tuhh.. tun paling suka makan sotong celup tepung, buat sendiri xjadi mcm yg kedai buat.. huhu

    BalasPadam