Pages

Isnin, 11 April 2016

Hutan Rekreasi Taliwas : Santai di Hujung Minggu

Rupanya hampir 5 tahun tidak menjejakkan kaki ke Hutan Rekreasi Taliwas! Alhamdulillah... masih diberi peluang oleh-Nya untuk berkunjung ke sini sebagaimana kami pernah santai-santai di tepi sungai sambil membakar sayap ayam sementara menunggu kepulangan rakan-rakan guru dan ahli perkhemahan dari aktiviti jungle treking. Boleh klik DI SINI untuk lebih lanjut.
Kelmarin, kami sempat menjejak tapak.... dan sekali lagi mengira jumlah tahi gajah yang kami temui di sepanjang perjalanan sambil membayangkan dapat terserempak dengan sekawan gajah di tengah jalan.....! Gajah? Seekor pun tak nampak!

Selamat datang ke Hutan Rekreasi Taliwas. Hutan simpan ini terletak 36 km dari bandar Lahad Datu. Perjalanan ke sini memakan masa lebih kurang 1 jam. Ini disebabkan kita terpaksa melalui jalan tidak berturap sejauh 21 km ke barat dari simpang Jalan Danum Lahad Datu ke Tawau.

Hutan reakreasi Taliwas beroperasi setiap hari. Permit kenderaan untuk masuk ke sini boleh didapati dari pejabat Danum Valley di Bandar Fajar, Lahad Datu. Kami dikenakan sebanyak RM40.00 untuk permit bayaran dua buah kenderaan. Jika anda tidak mempunyai kenderaan, pihak pengurusan menyediakan kenderaan berbayar.

 Kami bertolak lebih kurang pada pukul 7.15 pagi dari simpang Lembah Danum.




 Pemeriksaan permit kenderaan.
Hanya kenderaan yang berdaftar sahaja boleh melintasi kawasan ini.

Sementara ketua kumpulan menguruskan kebenaran masuk kawasan, kita sempat keluar sebentar. Allahu Akbar... terus telinga menangkap segala bunyi serangga di sekitar hutan ini!

Kami meneruskan perjalanan dan tiba di Kawasan Konversi Sungai Taliwas pada pukul 8.15 pagi.

Tempat ini menjadi tumpuan ramai untuk melakukan pelbagai aktiviti. Banyak sekolah mengambil kesempatan mengadakan aktiviti perkhemahan. Selain aktiviti santai seperti mandi-manda, beriadah, berbasikal, memberi makan ikan dan BBQ, pelbagai lagi aktiviti mencabar boleh dijalankan di sini seperti night walk, trekking ke Air Terjun Taliwas dan sebagainya.

Antara kemudahan asas yang disediakan termasuklah tandas. 
Untuk murid-murid sekolah yang mengikuti aktiviti perkhemahan disini, mereka berpeluang menambah ilmu pengetahuan tentang alam sekitar termasuk aktiviti memerhati burung, melihat sendiri nurseri herba, dan mmemahami dengan lebih lanjut tentang ekologi sungai. 

 Ini antara asrama penginapan yang disediakan.

 Dewan terbuka dan astaka.


Ruangan dapur untuk aktiviti memasak.
Di sini juga terdapat padang dan astaka,gelanggang badminton dan bola tampar, rumah rehat, tapak perkhemahan dan sebagainya.

Dah sampai pun...

 Tak sabar-sabar nak ke tepi sungai!

Dan tak sabar-sabar nak buka bekalan yang di bawa sebab perut dah berkeroncong sepanjang jalan!

Macam-macam bekalan yang di bawa.... ada nasi lemak, sandwich, mee hoon goreng, bee hoon goreng, nasi putih, sambal udang dan sebagainya. Cendol pun ada! Darwisah bawa cendol!

Jom sarapan....

 Rajin Fauzan masak nasi lemak!

 Seronoknya makan nasi lemak sambil menikmati pemandangan singai dalam hutan!



 Dah selesai sarapan, seorang demi seorang masuk sungai!


Barangkali bahang El Nino yang melanda menjadikan sungai seakan kurang bermaya. Airnya tidak mengalir dan jernih seperti dulu!

 Atas dan bawah:
Gambar di tempat yang sama kita ambil pada Oktober 2011.



 Nampak macam cetek jew sungai ni...

 Tapi bila nampak Fauzan dan Ramlee jadi tarzan.... dalam juga airnya!

Ramlee @ Tarzan Taliwas... he he heee...

 Lepas mandi, naik semula ke darat. Perut lapar semula!
Kita belajar masak-masak yok.

 Kawan-kawan mula membakar arang untuk panggang-panggang....
Oh! Ya.... tempat pemanggang tu kena bayar RM20.

Sementara menunggu api arang hidup, kita tengok dulu apa Fauzan goreng dalam kuali!
Wah! Fauzan goreng cekodok pisang!
Fauzan bawa dapur dengan tong gas sekali dari rumah!

Kita tak sempat masak dari rumah. Kita bawa jagung krim dengan bahan-bahan yang perlu. Kita masak di sini..oppps! Bukan kita yang masak... Jusna yang masak! Kita tunuk-tunjuk saja caranya... hihihiii!

 Hidup juga api arang!

Terima kasih Mimie & Darwisah... sudi memerapa sayap ayam!
Resepi yang kita bagi tu...campak-campak saja yea... ikut selera koranglah!

Panggang pertama pun bermula...

Sementara itu kita beralih ke tempat lain pulak. Sentuhan akhir untuk sup jagung.... masukkan telur sambil kacau rata. Tutup periuk dan padamkan api dapur! Siap!

 Ini sup jagung air tangan Jusna!
Sambil santai-santai dapat juga resepi sup jagung yang simple dimple!

Cekodok pisang pun dah siap goreng!

Nampak macam sedap betul Jusna makan cekodok pisang!
Sup jagung seperiuk di sebelahnya!

Panggang pertama.... agak rentung!

Panggang yang seterusnya pasti lebi baik. Apa pun... rentung pun rentunglah! Belum pun panggangan kedua masak, yang rentung tu habis dimakan!

 Sayap ayam dan sosej yang seterusnya pun naik satu persatu di atas pemanggang.








Hasilnya nampak lebih cantik dan tidak hangus terbakar seperti panggangan yang pertama.



Adegan yang sangat kita suka!
Seekor rama-rama hutan hingga di atas sayap ... di dalam pinggan kita!
Cantikkan!

 Dah makan sayap panggang...
Terus semula dalam sungai!


Dari tempat Jusna berdiri, kelihatan batang pokok tumbang di tepi sungai. Nampak daun-daun kering terapung di bawa air yang tidak mengalir.

Inilah batang pokok yang sudah ditebang itu. Gambar ini juga kita ambil pada Oktober 2011.

Apa pun kami berpuas hati berada di sini. Hutan Rekreasi Taliwas... in shaa Allah kami akan datang lagi! Moga air sungai kembali jernih dan mengalir tenang seperti dulu! Moga el-Nino tidak terus berpanjangan.
Kami meninggalkan Hutan Rekreasi Taliwas pada pukul 1.30 tengahari.

Bagi sesiapa yang berminat untuk ke sini bolehlah mengajukan pertanyaan dan tempahan melalui:
089-880825 - Siti Haslina Baddaron (Pejabat Lahad Datu)
089-823110 - Fevayati Jimang (Pejabat Lapangan)
089-823111 - Rosti Sandayan (Pejabat Lapangan)


2 ulasan: