Pages

Isnin, 25 April 2016

Ayam Ungkep... Ayam Masak Ungkep!

Rasanya, inilah lauk yang sangat mudah untuk disediakan dan sudah semestinya sedap! Memang sedap punya... makan saja dengan nasi putih, tak payah cari lauk lain lagi! Cukup rasa! Banyak kali dah kita kongsikan resepi Ayam Masak Ungkep misalnya  DI SINI dan DI SINI. Gandingan mantap rempah ketumbar, jintan, aroma serai dan kunyit hidup serta cili padi itulah yang membangkitkan selera!
Perhatian : Kalau tak mahu yang nampak berminyak, buanglah kulit ayam sebelum dimasak. Kita tak buang.... ngeeee!


Bahan-bahan:
1kg daging ayam - potong 8 - lumur dengan 1 sudu  kecil  garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 cawan air
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
4 cm kunyit hidup
3 cm halia
25 biji cili padi - kita gunakan cili padi kampung yang masih hijau 

Cara:
1. Panaskan  minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan bancuhan air pati asam jawa dan biarkan mendidih seketika. 
3. Kemudian masukkan serai dan daging ayam. Gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
4. Tambahkan air, garam, gula dan perasa pilihan.
5. Tutup kuali rapat-rapat.
6. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
7. Apabila kuah mula memekat dan ayam empuk, matikan api dapur.

Ayam Ungkep kita kali ini tak berapa pekat sebab anak-anak dah pesan nak kuah lebih!

1 ulasan:

  1. nyum nyum.. terasa sedap dia,, dah lama tun xbuat ayam ungkep nih.

    BalasPadam