Kadang-kadang tergences-ngences kita dibuatnya jika teringat cendol yang lemak manis yang dijual di kampung! Susahnya nak cari cendol tu di sini! Jadi, janganlah banyak songel ye Amie... masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak! Kalau nak makan cendol yang dapat memenuhi selera tu, eloklah awak buat sendiri! Hei... malaslah pulak! Tu pasal, tiap kali keluar dari daerah LD memang kita selalu mencari cendol! Kalau terjumpa syukurlah! Kalau tak jumpa... simpanlah hasrat hati tu untuk makan nanti jika berkesempatan balik kampung!
Kelmarin, jalan-jalan dengan Encik Suami, Fuad dan Fairuz. Lepas makan tengahari di May Soto, kami jalan-jalan lagi di sekitar Darvel Bay Plaza. Encik Suami kata, kalau nak makan cendol... ada satu tempat di belakang plaza. Wokey.... kami pun melencung ke sana.
Harga cendol klasik atau cendol yang asas sahaja RM3.50, jika tambah bahan tambahlah lagi sebanyak RM1. Misalnya Cendol di atas tu ditambah dengan sweet corn. Jadi harganya RM4.50.
Ini juga sama... tambahan pulut... bukannya tapai pulut. Pulut sahaja. Juga RM4.50.
Ini ABC. Fuad punya RM4.50.
Pisang goreng cheese...5 keping RM4.00.
Roti panggang peanut butter. RM2.00.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan