Pages

Selasa, 1 Mac 2016

Makan Steamboat di D'Borneo Steamboat Corner

Entah....
Bila kerja bertimbun-timbun, belum siap satu kerja... datang lagi satu kerja... kami pun mula mencari waktu untuk santai barang seketika!
Petang itu...
Amie : Baba... malam ni kawan-kawan ajak keluar.
En. Suami : Keluar makan ke?
(Kita terdiam, tak tahu nak jawab apa, sebab jarang keluar malam dengan kawan-kawan kecuali ada annual dinner).
Fuad : Alaaa... Baba ni.. Mommy mau outing dengan kawan-kawannya tu...
Terima kasih Fuad!
Seperti biasa selepas makan malam, Encik Suami akan menghantar Fairuz menghadiri kelas tuisyen dan pada masa yang sama membawa Firdaus ke rumah kakak ipar. Firdaus memang tak boleh tinggal di rumah kalau Encik Suami hantar Fairuz. Begitulah setiap kali Fairuz ada tuisyen... Encik Suami akan bawa Firdaus bermain-main dengan rakan sebayanya di rumah kakak ipar sementara menunggu Fairuz keluar dari kelas tuisyen pada pukul 9.30 malam.
Kita kosongkan perut!
Tepat 7.40, Kamsiah sudah tiba di depan pagar rumah... nak hangkut kita!
Tak jauh pun tempat yang dituju... tak sampai 500 meter.. Bandar Perdana Square.

 Kami sepakat singgah di D'Borneo Steamboat Corner.
Menurut tuan punya restoran, tempat makan ini baru saja dibuka pada 5 Februari 2016. Suasana di situ santai, tak sesak dengan  ramai pelanggan seperti kebiasaan di restoran steamboat. Restoran baru, agak tersorok ke belakang  sedikit. 

 Kami memilih untuk menikmati steamboat di bahagian luar restoran.

Kalau disebut steamboat, seperti biasalah... ada seafood yang ,masih segar seperti udang, ketam, sotong dan sebagainya selain yang frozen-frozen... 

 Ini peminat lamb!

Kita cuba makan tiram ...

Kita ambil gambar seafood yang jarang kita jumpa di tempat lain seperti kerang di atas tu... kerang ke tu? Spesies kerang kot...

 Ini isi siput... senang nak makan sebab sudah dikeluarkan dari cengkerangnya. 

 Ini lokan ke...

Jangan lupa ambil sayuran segar.
Kalau dah sampai tempat begini, lupakanlah segala mee, nasi dan sebagainya yang terhidang itu.. kita tumpukan pada seafood saja...ahaks!
Dengan bayaran sebanyak RM25.00 seorang (harga promosi sebab baru buka) kami kekenyangan malam tu... Alhamdulillah. Sambil makan sambil bercerita... terlupa segala penat dan lelah bekerja sepanjang hari!

 Harap semuanya happy...

 Nampak happy kan?

 Dan nampak santai juga kaaa...

 Selepas makan...
Jalan-jalan kononnya nak bakar kalori...

 Terserempak dengan buskers...
Best juga dengar mereka menyanyi.

 Posing di malam hari...

Selamat malam kawan-kawan.
Lepas ni balik ke rumah masing-masing ye...
Esok jumpa lagi... pastikan wajah bertambah ceria!


D'Borneo Steamboat Corner terletak di Lot 53, Bandar Sri Perdana Square,
Lorong D'Perdana 2B,
Lahad Datu, Sabah.
Untuk tempahan meja boleh hubungi:
Mohd Adzrie Leo : 014-9512318
Taufik Basran : 016-8251517
J. Nandaakumar : 012-5187545

1 ulasan: