Pages

Rabu, 2 Mac 2016

Japanese Food di Sakura Zen Japanese Restaurant

Katanya...
Hidangan Jepun lebih menyihatkan dan mementingkan kesegaran.
Jom jalan-jalan cari makan di restoran yang menyajikan hidangan Jepun... di Sakura Zen Japanese Restaurat yang terletak di Bandar Sri Perdana Lahad Datu. Restoran ini baru 3 minggu beroperasi. Dibuka dua kali pada pukul 10 pagi hingga 2 petang, dan 6 petang hingga 10 malam. Kahabarnya setiap kali dibuka, penuh sesak dengan pelanggang yang berpusu-pusu masuk. Hmmm... tentu ada yang istimewa di sini.... jom kita masuk!

Kita pernah beberapa kali makan shushi sewaktu balik kampung dan sewaktu berkursus di Kota Kinabalu.....walaupun rasa wasabi yang menyengat sampai terangkat hidung dan entah di mana sedapnya.... kita pesan juga. Lagi pun ada kawan setia... kaki shushi jugak... Fairuz! Kami pesan set Hana Combo. Ada 16 biji shushi kesemuanya.

 Set Hana Combo : RM45.00.

Ini menu pesanan Fuad. Dalam bahasa Jepunnya namanya Kaisen Ramen... Japanese Noodles with seafood gitu...  semangkuk RM16.00. Itu pun tak habis dia makan... Encik Suami yang tolong makan. Shushi pun langsung Fuad tak jamah!

Pada mulanya Encik Suami yang nak makan nasi goreng ni.... Kaisen Cha Han, alaaaa... fried rice with seafood gitu. Semangkuk RM16.00. Encik Suami tak dapat makan... Firdaus habiskan... itu pun macam tak cukup jew... he he heee...pemakanan sihatlah katakan, takkan dia nak hidangkan kita banyak!

Fairuz punya hidangan... Chicken Teriyaki Zen... haa Fairuz memang pandai order. Siap ada grilled chicken dengan teriyaki sauce lagi. Ada dessert, dan juga sup. Set ini berharga RM20.00.

Kita nak cuba ikan salmon panggang. Bunyinya macam sedap! Dah namanya hidangan Jepun... datangnya dengan hiasan yang kecil comel.

Sajian ini mengandungi 2 keping ikan salmon.... bolehlah buat pembuka selera! Grilled salmon dengan teriyaki sauce ini ... RM20.00.

Masing-masing order air tembikai. Air tembikai kosong jew... 4 gelas RM32.00, dan segelas jus lobak merah dengan harga RM9.00.  Selesai makan, sebelum masuk ke dalam kereta.... masing-masing kata... tak kenyang! Kita tengok semula bil... subtotal RM158.00 dengan caj perkhidmatan sebanyak RM15.80. Kesemuanya berjumlah RM173.80. Salah order menu ke?

Fuad : Kita cari makanlah di tempat lain.
Encik Suami : Baba rasa tak kenyang laa...
Fairuz : (dia ni separuh kenyang ni......)
Wokeylaaaa.... mungkin hidangan tadi tidak menepati kehendak perut  anak-beranak kita. Malam itu kami singgah mencari ....  untuk last supper di restoran lain!

Kita teringat shushi yang kita makan puas-puas dengan Fairuz sewaktu balik ke Kuala Lumpur dua tahun lepas... Sama sahaja rasanya tapi jauh lebih murah harganya!


Nanti kita cari shushi bila balik kampung ye Fairuz... kita lawan siapa tahan makan dengan wasabe!


 Nyum...nyummm.... tak sabar nak balik kampung... nak cari shushi...!

3 ulasan:

  1. Saya penggemar sushi. Boleh makan sampai tak ingat dunia hehehe.

    BalasPadam
  2. Bearcat,
    Tu laaa... saya pun..walaupun rasa nak tercabut hidung menahan wasabe...

    Cik Kyra,
    sudah semestinya....

    BalasPadam