Pages

Jumaat, 8 Januari 2016

Melaka : Runtuhan Gereja St. Paul & Kubur Belanda

Selepas mengunjungi A Famosa, kami memasuki replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dan kemudian kami berpatah balik menaiki anak-anak tangga menuju ke puncak Bukit St. Paul. Entri Istana Kesultanan Melayu Melaka akan Amie paparkan selepas ini. 

Bila anda berada di Bandar Hilir Melaka tak perlu risau akan tersesat jalan. Keluasan bandar ini agak terhad, di sana-sini anda akan dapat melihat segala khazanah sejarah yang tak ternilai harganya. Jangan bimbang tidak dapat mencari pintu keluar atau pintu masuk, sebab ruangan di sini terbuka. Untuk sampai ke Bukit St. Paul anda boleh ikut jalan bertangga yang betul-betul terletak di hadapan Porta de Santiago atau Pintu Santiago.
Boleh tahan juga ketinggian tangga menuju ke Runtuhan Gereja St. Paul ini. Beberapa kali terdengar Firdaus berkata.... aduuuhh manat.... aduuuu manat ( aduh penat!) sebab dia sendiri yang ingin berjalan kaki. Akhirnya Encik Suami dukung Firdaus.

Ini pemandangan dari arah hadapan Bukit St. Paul sekiranya anda naik ke atas bukit ini melalui pintu masuk di bawah ini.

Itulah seperti yang Amie katakan tadi, jangan bimbang sesat jalan sebab jalan di sini boleh tembus-menembus dan tetap ke situ-situ juga kita sampai.

 Nampak macam lelah betul menaiki anak tangga Bukit St. Paul.
Maklumlah cuaca teramatlah panas dan teriknya!
Akhirnya duduklah anak-beranak melepaskan lelah buat seketika dengan menghirup air mineral yang dijual oleh penjaja di situ.

Gambar pemandangan runtuhan gereja dari tempat duduk lami. Ada kubur (putih) dan juga tempat menjual cendera kenangan.

 Pemandangan dari belakang runtuhan gereja St. Paul.
Sementara Encik Suami dan anak-anak mengambil nafas, Amie jalan-jalan di sekitar belakang gereja.

 Ada kubur Belanda rupanya di sini.

 Kelihatannya di mamah usia....

 Makin jauh kita berjalan, semakin banyak pula kubur yang ditemui.


 Bila patah balik ke pintu masuk, Encik Suami dan anak-anak sudah meninggalkan tempat mereka.

 Kita pun terus mendaki tangga naik ke atas.
Ada pula orang jual lukisan di bawah pokok...pokok melaka?

Sampai di atas bukit, terasa begitu nyaman sekali. Angin bertiup mengeringkan peluh yang meleleh...


 Pintu masuk ke dalam runtuhan gereja.

 Pemandangan di bahagian dalam runtuhan gereja.

Gereja St. Paul ini dibina oleh Duarte Coelho,seorang Kapten Portugis pada tahun 1521 Masihi. Juga dinamakan sebagai Nosa Senhora yang bermaksud Our Lady of the Hill. Binaan gereja ini kelihatan kukuh dengan keadaan batu-batan yang masih utuh kekal hingga ke hari ini.


Apabila Belanda merampas Melaka dari tangan Portugis pada tahun 1641, gereja ini tidak lagi berfungsi sebagai tempat ibadat sebaliknya dijadikan tanah perkuburan Belanda. 
 
 Semilir angin meniup... amat menyamankan! Rasa nak bergolek tidur saja di bawah pokok!


 Wokeylaaa... kami nak turun dah ni.



 Melintas d bawah pokok melaka.


 Keluar melalui pintu masuk yang terletak bertentangan dengan balai polis.

Dan terus menyambung perjalanan...melihat suasana Bandar Hilir Melaka yang seakan-akan tidak pernah berehat!

 Ada sahaja pemandangan menarik yang dapat disaksikan!

 Bukan sahaja pelbagai bangunan yang tersergam unik....

 ... tetapi juga warnanya yang tersendiri menjadikan Melaka memang benar-benar sebuah bandaraya bersejarah!

Entri bersambung.....

2 ulasan: