Jom jalan-jalan cari makan! Kali ini Amie paparkan pengalaman makan di sebuah restoran terapung di Kampung Tampi-Tampi. Kawasan ini dikelilingi rumah-rumah kampung air. Sesiapa yang belum pernah melihat suasana kampung air, bolehlah menjamu selera sambil menjamu mata di sini.
Pengalaman anak-anak berjalan di atas jambatan kampung air.
Bahagian dapur Restoran Warisan.
Pelbagai spesies ikan laut dalam yang dipelihara oleh pengusaha restoran.
Pemandangan dilihat dari dalam Restoran Warisan.
Keadaan di dalam Restoran Warisan.
Kesian Firdaus... dia nampak bosan duduk di kerusi... pindah duduk atas meja. Maklumlah kalau kita pesan makanan yang segar, kena tunggulah....
Kita pulak... teruja dengan pemandangan yang baru dilihat oleh mata kita! Jadi sebelum hidangan sampai, tangkap-tangkaplah dulu aksi yang tak berbayar ini....he he heee.
Alamak! Bila pandang ke bawah... laut nan membiru! Itu tandanya paras air laut yang dalam, dan bukannya hijau yang menandakan air laut cetek! Nun di belakang sana tu... kalau tak silap bayangan Pulau Bohey Dulang yang baru kita jelajahi 3 minggu lepas!
Akhirnya Firdaus pun melalak.....! Wokey...eokeeyy... minuman dah sampai!
Bagi sesiapa yang merancang-rancang untuk datang ke sini, bolehlah congak-congak berapa bajet yang dikeluarkan untuk menjamu selera berdasarkan jumlah harga makanan yang kami pesan.
ABC Special : RM5.00
ABC Special : RM5.00
Jus Oren X2 : RM6
Kicai Ping : RM6
Air Kelapa Blend : RM6.00
Jumlah : RM29.00
Ikan Putih Masak 3 Rasa : RM42.00
(Harga 1 kg : RM60.00)
Kami punya tu tak sampai 1 kg. Kalau nak ikan kerapu harganyanya RM120.00 untuk 1 kg.
Udang Butter Kering : RM20.00
Tom Yam Campur : RM15.00
Sayur Baby Kailan Ikan Masin : RM15.00.
Nasi Putih X5 : RM8.50.
Jumlah semua yang dbayar setelah kenyang makan : RM123.50.
puas hati ye Amie dpt makan makanan laut yang fresh2 gitu... nampak best sgt semua masakannya...
BalasPadam