Selamat pagi....
Aneh bin Hairan.
Pelik binti Ajaib.
Apasal tak ribut tak ada taufan tetiba follower berkurangan dari hari ke hari?
Mula-mula kita sangka mereka unfollow...sebab tak suka dengan kita lagi, sebab akhir-akhir ini kita jarang-jarang bertandang ke rumah mereka... atau sebab kita tak layan bila mereka tinggalkan pesan... follow saya balik tau!
Redha ajelah... nak buat cemana?
Dari sejumlah hampir 1400 tinggal 1231 sahaja!
Kita pun cari sebab-musababnya. Kebetulan banyak blogger yang mengeluh perkara yang sama. Baca sana baca sini, akhirnya dapat jawapannya... Copypaste dari sini:
http://jurnalepalhijau.blogspot.my/2016/01/jumlah-followers-google-friend-connect.html
Menurut Blogger Buzz, pihak Blogger telah menghapuskan followers yang bukan pengguna akaun Google. Mulai 11 Januari 2016, untuk sign-in GFC sebagai follower blog, pembaca perlu sign-in menggunakan akaun Google.
Sebelum ini, sape-sape yang ada akaun Yahoo, Twitter, Orkut dan lain-lain Open ID boleh sign-in Google Friend Connect untuk follow blog yang diminati.
Jadi mereka nasihatkan kepada pembaca-pembaca blog supaya sign-in semula menggunakan akaun Google.
Oklah....
Sumber:
- http://buzz.blogger.com/2015/12/an-update-on-google-friend-connect.htm
- Minta maaf banyak-banyak.. sebab saya telah berprasangka kepada folower saya yang tiba-tiba lenyap tu....
Salam kak amy.. No wonder lah follower saya hilang beramai2. Saya sangkakan entri sy ada menyinggung sesiapa atau tak menarik hati ke.. Hahaha.. Thx kak amy for the info ni.. :)
BalasPadamsaya pun..hari-hari tengok blog,follower saya yang ciput ni dah semakin ciput,juga terfikir macam Amiey tu.ya lah blog saya ni pun bukan maju sangat dan tak lah popular seperti orang lain.thanks Amiey sebab dah jumpa puncanya.
BalasPadamtau tak apa saya buat..pujuk hati sendiri biarlah dia orang tak nak follow pun,asalkan saya dapat lagi tulis resepi dan dapat hilangkan stress di sini..ha..haa.
Kina,
BalasPadamSamalah ..saya pun ada terfikir begitu.
Suzana,
betul tu... saya pun pujuk hati tak apa orang tak nak follow yang penting ada tempat saya kongsi resepi untuk kurangkan stress.
Sama lah saya kak amie,, redoooo je lah hii
BalasPadamOooo... samalah...sy ingat follower sy lari...tq Amie for sharing
BalasPadamWani,
BalasPadamGee,
apa pun kita tetap teruskan usaha berkongsi paparan he he heee....
Ya Allah..samalah dengan Cik Wan, Amie..rasa sedih bila tgk follower dah kurang dgn tiba2...dah lah seciput je, lagi sikit la skrg ni. Ingat mereka dah tak suka kita lagi. Terima kasih atas info ini. Lega hati ni..takde sedih2 lagi hehehe.
BalasPadamCik Wan,
BalasPadamBila tinggal seciput saya semakin tabah ... he he heeee...