Pages

Isnin, 9 November 2015

Sedapnya Kerabu Bayam Dengan Taugeh!

Kelmarin pagi, sebaik sahaja mengambil Farid di Aiport Tawau, kami sekeluarga terus menuju ke bandar Tawau. Masing-masing sepakat isi perut dengan  nasi memandangkan hampir waktu tengahari. Terpikat pula dengan menu kerabu bayam campur taugeh yang nampaknya baru diletakkan di tempat lauk-pauk!Tanpa berfikir 2 kali Amie pun terus ambil sesenduk  bubuh dalam pinggan nasi. Encik Suami pun ambil juga kerabu itu.
Adapun kerabu bayam yang kami makan itu agak ringkas bahannya. Hanya sayur bayam, taugeh dan kelapa parut sangan yang mungkin ditambah dengan bahan perencah tertentu. Tidak ada sebarang rasa lain yang menonjol, tidak ada hirisan cili atau rasa pedas, rasa masam limau kasturi atau limau nipis pun tidak... tapi tetap sedap!

Hari ini... balas dendam!
Kebetulan Encik Suami beli sayur bayam dengan taugeh. Apa lagi.... terus singsing lengan baju masuk dapur! Puaslah kami berdua meratah kerabu bayam! Jom tengok resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
10 batang bayam hijau - bersihkan dan potong - pisahkan batang dan daun
2 cawan taugeh - bersihkan - bilas dan toskan airnya
1/2 cawan hirisan lobak merah 
3 batang serai - hiris halus
1 cawan kelapa parut
3 sudu besar udang geragau
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam & gula secukup rasa

Bahan tumbuk:
7 biji cili padi - boleh kurangkan jika tidak suka pedas
2 ulas bawang putih - digoreng
3 biji bawang merah - digoreng 
(boleh bubuh belacan kalau suka - Amie tak bubuh sebab dah letak banyak udang geragau)

Cara:
1.Sangan kelapa parut bersama udang geragau sehingga kelapa parut kelihatan kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2.Jerang air secukupnya. Bila mendidih, masukkan batang bayam. Masak selama 1/2 minit. Kemudian masukkan daun bayam. Bila daun bayam berubah warna, terus angkat bahan celur dari periuk dan rendam dalam air sejuk sebentar. Toskan.
3. Dalam sebuah bekas, campurkan sayur bayam, taugeh dan lobak merah serta serai.
4. Gaul bahan tumbuk bersama kelapa sangan.
5. Campurkan bahan 3 dan 4. 
6. Gaul rata bersama garam dan gula serta jus limau kasturi sebagai perasa.
7. Hidangkan segera.

 Yang kita suka... taugeh yang rangup tu laaaa...

4 ulasan:

  1. Dah lama x blog walking, malam ni baru ada kesempatan..kecur tengok gambar kerabu ni, inshaAllah akan try juga nanti. Thanks for recipe :)

    BalasPadam
  2. Serai kalau tak letak boleh tak?

    BalasPadam
  3. Tukar bayam dgn bayam brasil...lg ranguo mkn dgn taugeh

    BalasPadam