Selamat berhujung minggu....
Sarapan pagi.
Jom layan nasi lemak!
Pukul 3 petang:
Ato aaajiimmm mintak cucu....! Kata Firdaus.
Maksudnya : Astaghfirullahalaziimmm.... minta susu.
Itu tandanya dia dah nak tidur!
Sebotol susu 240ml tersedia untuknya, dengan bantal busuknya!
Penat bermain dari pagi, asyik minta pakaikan beg sandang di belakangnya... katanya nak pergi sekolah. Siap salam peluk cium dan minta duit saku lagi!
Atolaekom... (Assalamualaikum)
Pigi tola... bya bye... (Pergi sekolah... bye..bye..)
Atolaekom... (Assalamualaikum)
Pigi tola... bya bye... (Pergi sekolah... bye..bye..)
Oh! Firdaus...
Rasanya... baru kelmarin balik ke rumah membawanya pulang dari hospital. Rasanya.... baru sahaja melahirkannya ke dunia.... Rasanyaaa....
Gambar diambil pada 23 Mac 2013, sehari selepas kelahirannya pada 22 Mac 2013.
Gambar diambil pada 19 Mei 2013 di Pelabuhan Labuan ketika menghantar Farid melapor diri di Kolej Matrikulasi Labuan.
Sekarang dia sudah membesar.... Hari ini tepat usianya 2 tahun 8 bulan!
Dan salah satu menu kegemarannya.... nasi lemak!
Kita belanja gambar-gambar Firdaus menikmati nasi lemak di bawah ini.
Semalam...
Encik Suami mengingatkan : Mommy tak dengarkah Firdaus asyik sebut nasi lemak?
Ooo...iyooo...dengar!
Kata Firdaus : Nacik emak...nacik emak!
Jadi, di hari minggu yang redup, dan agak sukar tolak selimut, kita pun merajinkan diri menyediakan nasi lemak seadanya buat anak-anak yang disayangi!
Firdauslah yang paling tak sabar nak makan nasi lemak! Entah berapa kali menjenguk ke dapur... agaknya nak tanya: Bila boleh makan nasi lemak? Haaa... sekarang dah siap. Abang-abangnya yang sibuk melayan di meja. Dia pun baca doa makan dengan suaranya yang masih pelat-pelat tak berapa patah.
Selesai baca doa makan... amin!
Agaknya apa yang difikirkan Firdaus ketika ini?
Mana satu agakya yang hendak disentuh terlebih dahulu?
Nasi lemak?
Telur rebus?
Ikan bilis goreng?
Kacang tanah goreng?
Mentimun?
Atau sambal?
Dia sentuh apa tu?
Ooo... telur rebus.
Lepas tu dia cicah telur rebus dengan sambal. Terus bawa ke mulut... nyum..yummm.
Kemudian dia ambil ikan bilis goreng. Sama juga...cicah dengan sambal dan terus kunyah!
Barulah dia sentuh nasi lemak!
Agaknya dia nak tahu sambal tu pedas atau tidak...boleh ke dia makan!
Dan seterusnya....
Dengan penuh perasaan,
dan penuh seleranya.
Suapan demi suapan...
Betullah kata Encik Suami:
Firdaus suka makan nasi lemak!
Dari tadi asyik tundukkan kepala.
Sekarang baru nampak mukanya.
Sebab apa?
Sebab minta tambah sambal!
Sambal tu tak pedas, kata Fuad dan Fairuz.
Memang kita sengaja buat tak pedas. Kita pilih cili kering yang tak berapa pedas.
Sekian.
Ini sahajalah cerita untuk hari ini.
Untuk Encik Suami yang terpaksa siapkan kerjanya hingga ke petang ini, dan tak sempat sarapan dengan Firdaus.... Mommy sudah masakkan nasi lemak untuk anak-anak kesayanganmu!
slmt ptg Mie
BalasPadamwah firdaus dh pandai minta nasik lemak ?
makan sambal lagi?
terernya dia..
so far Iman cucu kaknoor belim pandai mkn sambal lagi nk kena ajar ke mcm firdaus ni haha
pandainya dia makan pakai tangan, elok tak bertabur nasi :)
BalasPadamnostalgia dulang ngan mangkuk tu.. dulu kecik2 umah nenek ada dulang yg mcm tu.
BalasPadamacik pon selera jd nmpk firdaus makan.
comel jer si cilik Firdaus nganga mulut... selera betul makan nasi lemak sampai untie gee pon terlior taw...!
BalasPadamAssalamualaikum kak
BalasPadamlama tak leave comment kat sini
Pandainya firdaus makan nasi lemak
Anak2 saya dah besar pon masih kalah dengan sambal
walaupun sudah semestinya kita buat x pedas
tp memg susah dorang nak sentuh sambal tiap kali
dah disuap disuruh berkali2 cuba
baru nak cuba bila dah rasa memg x pedas
baru la dimakan
haila anak.
mentaliti tiap kali tgk color merah = PEDAS
Adehhh!
Sama tarikh lahir dgn anak sulong sy..tp tahun ajer berbeza 22.03.2009
BalasPadamassalamualaikum.. lama tak makan nasi lemak. teringat bila cuti sekolah macam ni.. berkumpul dengan anak-anak, nak kena ada makananan selalu kat dapur. Ada jer yang lapar.. Jemput singgah dan joint blog kita ya.. http://ruzitakitchen.blogspot.com
BalasPadamKak Nooriah,
BalasPadamFirdaus tu kalo abahnya hantar ke rumah pengasuh, mesti singgah gerai nasi lemak. Bekalannya dibeli di situ, siap dengan kuihnya sekali. Tu pasal nasi lemak sudah sinonim dengannya... he he hee punya bagus mommynya ya tak rajin masak pepagi...
Ann,
memang dia suka makan sendiri... tapi itulaaa... semua sekali jarinya masuk molot!
Tun,
susah nak dapat pinggan mangkuk gini sekarang ni, dah jadi bahan antik!
Gee,
BalasPadamnasi lemak salah satu menu kegemarannya Gee...syaratnya sambal tak berapa pedas.
Rna,
waalaikumussalam,
betul tu, tak semua anak-anak boleh makan pedas, inipun kebetulannya selalu sambal yang dia makan tak berapa pedas.. Kalau pedas dia tak mau tu.
Riziela,
Tarikh lahir seniman agung P. Ramlee tu :)
Ruzita,
waalaikumussalam, terima kasih sudi singgah sini. Nanti saya ke rumah Ruzita yea.