Dalam FB, banyak kali Amie diajukan soalan yang sama: Bolehkah gantikan cream nestle dengan krim putar untuk resepi Mango Casablanca.
Amie tidak mahu ambil risiko, sebab Amie belum pernah menggunakan krim putar. Jadi, Amie tak bolehlah nak berikan jawapan tepat. Nanti kalau tak menjadi, dan ada perbezaan dari segi rasa dan bentuknya, Amie pula yang akan dituding... kongsi resepi tak betul! Atau blogger penipu! Huh! Jerak rasanya bila baca komen-komen kononnya ada blogger yang tipu resepi. Tunjuk gambar cantik, tapi bila dicuba resepinya tak menjadi pula. Amie belum bersedia untuk terima tuduhan dan tohmahan sedemikian! Kalau itu yang Amie terima.... rasanya tutuplah dapur maya ini! Elok-elok kongsi resepi, tiba-tiba dituduh yang bukan-bukan... maunya tak pengsan!
Memandangkan kesukaran untuk mendapatkan cream nestle, ada di antara rakan sekerja yang gantikan dengan susu cair. Itu terpulanglah ikut citarasanya. Katanya menjadi juga. Dulu, memang bahan-bahan di bawah ini wajib ada untuk menghasilkan Mango Casablanca! Tapi sayangnya harga cream nestle semakin hari semakin naik! Dari harga RM6.75 pada tahun 2013, sekarang sudah mencecah RM10.50 di kedai runcit. Terakhir Amie beli di Econsave LD, tiga hari lepas dengan RM9.60 setiap satu tin 300ml!
Jadinya, untuk menghasilkan Mango Casablanca, Amie kekalkan penggunaan cream cheese, biskut cream crackers, susu pekat manis dan juga mangga masak segar. Cream nestle di atas tu Amie gantikan dengan krim putar atau whipping cream seperti di bawah ini. Bagi adik-adik yang berminat nak cuba buat Mango Casablanca, bolehlah berjimat dengan menggunakan whipping cream yea.... yang dah biasa dengan whipping cream tu tentulah tak jadi apa-apa masalah.
Whipping cream di LD berharga RM19.95 sebanyak 1 liter. Ini Amie beli di bakery shop. Tak tahulah kalau di tempat lain. Jimatlah juga berbanding RM10.50 harga 300ml cream nestle.
Whipping cream hanya boleh digunakan dalam tempoh 3 hari selepas dibuka. Itulah sahaja masalah Amie, sebab nak menghabiskan satu kotak sebanyak 1 liter itu pun satu hal pula. Kebetulannya Amie nak buat untuk makan-makan bersama kawan-kawan, jadi Amie buat lebih. Dan selebihnya Amie buatkan satu bekas untuk anak-anak. Iyolaaa... anak-anak tak boleh nampak kita buat Mango Casablanca... terliur-liurlah si Firdaus nak makan juga!
Bagi yang tidak biasa membeli atau menggunakan whipping cream ini, pastikan ada tanda halalnya. Jadi, in shaa Allah taklah rasa ragu-ragu untuk membelinya.
Wokeh!
Di bawah ini Amie paparkan hasil Mango Casablanca menggunakan whipping cream. Maaf, gambar tak berapa jelas sebab diambil sebelum Subuh, sebelum bersiap-siap untuk ke sekolah. Gambar Mango Casablanca yang di atas tu, gambar tahun lepas... sama juga, bawa ke sekolah!
Untuk resepinya, Amie copy paste resepi lama, ikut sukatan dan bekasnya yang sudah ditentukan. Dalam gambar di atas tu bekasnya lebih besar, bahannya pun lebih banyak! Pandai-pandailah berkira-kira membuatnya ye... nak besar ke, nak kecik ke....
Bahan-bahan:
27 keping Biskut Cream Crakers
1 kg mangga masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis
250 gram cream cheese
600 ml whipping cream
300ml susu pekat manis
bekas persegi ukuiran 8" X 8"
Cara:
1. Pukul cream cheese terlebih dahulu sehingga licin, diikuti dengan whippping cream dan susu pekat manis menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3 biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan mangga.
7. Susun lagi 3X3 biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas
persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati
segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya
tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja
sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati.
Amie gunakan loose bottom cake pan, supaya lebih mudah untuk keluarkan Mango Casablanca sekiranya hendak dipotong. Gambar di bawah menunjukkan hasil Mango Casablanca yang dibuat di dalam loose bottom pan.
.
Selamat mencuba!
as salam
BalasPadamNampak sedap dan menyelerakan. teringin nak cuba
cuma agak confius pada langkah no 6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut
atas susunan biskut atau atas susunan mangga.
maaf saya budak baru belajar ..hi hi
Dh buat byk kli k.amie..tp gambo enth save dimne..sbb trlalu byk pic mknn.. Mmg sedaplh
BalasPadamAssalam Amie...saya pernah guna susu cair...hasilnya lembik sangat...dah 2 kali guna nestle cream,memang perfect....(tapi susah nak dapat) saya akan cuba guna whipping cream pulak insyaAllah...t/kasih Amie...
BalasPadamUnknown,
BalasPadamterima kasih, saya dah betulkan.
Zila,
samalah tu... gambar ribu riban sampai tak ingat di mana.
Asnah,
waalaikumussalam, ya mmg guna susu cair kurang sesuai, nak makan pun kena pakai sudu. Lembik sangat.
Assalam kak amie..boleh tak guna labu ganti mangga? Teringin nk buat tapi mangga xda
BalasPadam