Pages

Selasa, 14 Julai 2015

Mari Bantu Alia Haryanie, Rakan Blogger Yang Sedang Dalam Kesusahan

Sayu dan hiba rasanya bila berkunjung ke rumah maya rakan blogger kita...

Alia Haryanie, seorang ibu muda yang membesarkan dua orang anak seorang diri. Ujian berat menimpanya.... Alia Haryani menderita penyakit kanser. Ditambah dugaan dengan masalah kewangan di samping menjaga ibunya yang sedang uzur dan sakit. Bagaimanakah Alia mampu menghadapi segala ujian ini?

Apa yang lebih memilukan, rumah tempat perlindungan mereka akan dilelong kerana Alia tidak mampu membayar pinjaman peribadi arwah ayahnya 15 tahun lalu. Namun Alia tidak pernah putus asa... Alia cuba bangkit untuk meneruskan kehidupan dengan segala kudrat yang ada.

Dalam tulisannya yang berbunyi:
Wahai hamba-hamba Allah, sudilah membantu saya....
Alia tidak mengalah dengan nasibnya, sebaliknya berusaha secara kecil-kecilan membuat pelbagai serunding, mini popia dan mini karipap. Amie ambil kesempatan ini untuk membantu memanjangkan  jualan beliau kepada rakan-rakan. Semoga rezeki untuk Alia, anak-anak dan ibunya dibuka seluas-luas oleh-Nya!


Serunding daging tempatan 250 gram RM 18
Serunding ayam 250 gram RM 18
Serunding Ikan 250 gram RM 12
Mini karipap RM 32 sekilo
Mini Popia RM 32 sekilo

Pos biasa rm 6 utk 1 kg
Pos laju RM 9 utk 1 kg
 
Klik DI SINI untuk maklumat lanjut.
 
Marilah kita bantu mana yang terdaya....

1 ulasan: