Pages

Ahad, 12 Julai 2015

Kuih Raya Paling Sedap : Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis!

Selamat berhujung minggu teman-teman.
Sementara menunggu Encik Suami bersiap untuk sama-sama turun ke pasar, Amie kongsikan resepi rempeyek, menu tradisi kami setiap kali menjelang hari raya.
Sebenarnya banyak versi rempeyek, ada yang suka bubuh kencur @ cekur tapi ada juga yang kurang menggemari aromanya. Ada juga yang bubuh hirisan daun limau purut. Ada yang tak bubuh itu semua, tapi bubuh rempah-rempah. Rempahnya pula ada yang letak rempah jintan manis sahaja. Ada pula yang ditambah dengan ketumbar biji dan juga jintan putih. Dan ada juga Amie dapati tak bubuh rempah atau aroma daun limau purut atau kencur, tapi tetap sedap! Tak kisahlah kaaann... ikut citarasa masing-masing, ikut selera sendiri! Kalau Amie, semua boleh masuk! Tak tolak punya!

Minta maaf ya kawan-kawan... dek kesibukan di dapur tak sempat nak edit, nak ambil gambar cantik-cantik. Mana yang sempat kita tangkap tu kita kongsikan sajalah di sini ya...


Bahan-bahan:
1 bungkus tepung beras - gunakan tepung beras cap 1 ekor gajah atau tepung beras cap teratai
200 gram kacang tanah - Amie gunakan kacang sikit saja, kalau nak banyak boleh tambah
200ml santan kotak - tambah 3 cawan air
1 mangkuk ikan bilis  - dibersihkan dan dibelah 2
7 ulas bawang putih - ni nak bagi rempeyek rasa lemak, kalau tak suka boleh kurangkan, nak lemak lagi boleh tambah
1 sudu makan  ketumbar biji - tumbuk kasar
1 sudu makan jintan manis - tumbuk kasar
1 sudu teh kapur - bancuh dengan sedikit air - ni nak bagi rempeyek rangup atau renyah
1 biji telur
garam dan perasa pilihan secukupnya
minyak

Cara:
1. Bancuh tepung beras bersama kesemua bahan di atas kecuali kacang tanah, ikan bilis dan minyak.
2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali saiz besar (supaya cepat dan dapat hasil yang banyak dalam sekali gorengan).
3. Letakkan acuann di dalam minyak panas.
4. Keluarkan acuan dan tuangkan sedikit adunan dan bubuh ikan bilis serta kacang tanah - Amie bubuh kacang tanah 3 biji saja dan 2 atau 3 ekor ikan bilis.
5. Masukkan acuan berisi adunan ke dalam kuali. Goyang-goyangkan sedikit supaya adunan segera tanggal.
6. Ulangi langkah 4 dan 5.
6. Apabila rempeyek telah tanggal dan terkumpul di dalam gorengan, bolehlah angkat setelah kelihatan masak dan garing. Toskan.
7. Pastikan rempeyek telah benar-benar sejuk sebelum disimpan ke dalam tin atau bekas kedap udara.

Kalau nak tengok cara tradisi yang tak gunakan acuan, bolehlah klik DI SINI.

 Wokeeyyy... Encik Suami dah turun tangga... jumpa lagi!

13 ulasan:

  1. betul kata amie... inilah kuih raya paling sedap sekali. MaDiHaA memang tercari2 rempeyek atau tumpi tiap kali pegi beraya rumah orang.. selain rempeyek.. kuih2 goreng yang lain pun MaDiHaA suka... cookies2... pandang sebelah mata je.. hihi..

    BalasPadam
  2. T.kasih k.amie. mmg tcari2 resepi rempeyek utk raya.

    BalasPadam
  3. Betul amie, ini kuih Raya paling sedap, xlapuk dek zaman

    BalasPadam
  4. Kalau dah mula makan rempeyek, susah nk berhenti :)

    BalasPadam
  5. dah buat, tp jadi lemau..baru perasan agak saya tak tunggu betul2 sejuk dan masukkan dlm bekas Tupperware kot..huhu

    BalasPadam
  6. Terima Kasih Amie.. Nanti nk try 😉

    BalasPadam
  7. Saya berminat nk cuba resepi ini.tq .

    BalasPadam
  8. Sedapnya rempeyek tp penat nak goreng. Tp rasanya nak buat tahun nie

    BalasPadam
  9. Mcm mana nak bagi kacang garing sekali dengan tepungnya. Selalu bila saya buat, bahagian kacang belum garing, tapi tepungnya dah nak gelap warnanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. goreng la kacang separuh masak..goreng dengan sedikit minyak...

      Padam
    2. Masuk dlu kacang dalam oven 10minit

      Padam
  10. X letak saantan boleh x..sy pernah x letak tumpi makin lama rasa x cpt basi..rasa dia xde bau mcm lain

    BalasPadam