Pages

Rabu, 1 Julai 2015

Hidangan Berbuka Puasa : Sagu Mangga Aroma Pandan

Jom buka puasa dengan Sagu Mangga Aroma Pandan. Nyaman bah!

Bahan-bahan:
50 gram sagu biji warna merah
50 gram sagu biji warna hijau
2 biji mangga - kupas dan potong dadu
500 ml susu segar
2 sudu makan susu pekat
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
setitik pewarna hijau epal
secubit garam

Cara:
1. Rendam sagu biji hingga kembang dan kemudia toskan. Masak dengan menggunakan dua cawan air hingga kelihatan jernih.
2. Larutkan setengah cawan gula pasir bersama setengah cawan air, dan daun pandan , secubit garam dan pewarna hijau epal.
3. Dalam sebuah bekas, campurkan larutan air gula, susu pekat dan susu segar. Kacau hingga sebati.
4. Hidangkan bersama sagu dan hirisan mangga.

Resepi ini tersiar dalam majalah SAJI Edisi Julai 2015 : Istimewa Santapan Berbuka & Sahur.

1 ulasan: