Pages

Selasa, 30 Jun 2015

Resepi Amie's Little Kitchen Di Majalah SAJI Edisi Julai 2015

Terima kasih daun keladi gajah.... buat pengarang Majalah SAJI, Encik Noor Joha Ahmad kerana telah memberi peluang sekali lagi dengan menampilkan 15 resepi Amie's Little Kitchen untuk turut memeriahkan ruangan masakan Istimewa Santapan Berbuka & Sahur. Kepada yang belum memiliki majalah kesayangan ramai ini, cepat-cepatlah dapatkan Edisi Julai 2015 ini di kedai-kedai berhampiran.
Sekali lagi Amie ucapkan terima kasih kepada Encik Joha Ahmad di atas jemputan sempena 20 tahun ulang tahun SAJI yang diadakan pada 14 Jun 2015 lepas di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Sayangnya pada 10 Jun, Amie sudah terbang balik ke LD, jadi terlepaslah peluang untuk berkenal-kenalan dengan 'orang-orang SAJI'. In shaa Allah... ada rezeki yang lain, pasti akan bertemu jua.

 Antara resepi yang dipaparkan termasuklah....

 Asam Pedas Udang Harimau & Daging Rusa Masak Lengkuas

 Ayam Percik Jawa, Genjer Dengan Terung Pipit Tumis Ikan Masin, Nasi Lemak Seri Malaysia & Keluban Pucuk Labu.

 Telur Pindang & Soto Perut

 Daging Rusa Pekasam Lemak Cili Padi, Sup Tulang Rusa dengan Akar Teratai, Rendang Pedas Lokan & Brengkes Ikan Patin.

  Puding Markisa, Sagu Mangga Aroma Pandan & Pic Casablanca.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Amie,
    Selamat menyambut bln ramadan yg mulia dan tahniah krn terpilih sekali lg bg menghiasi majalah.saji

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie,
    Selamat menyambut bln ramadan yg mulia dan tahniah krn terpilih sekali lg bg menghiasi majalah.saji

    BalasPadam
  3. tahniah kak ami.. mmg cantik dan menarik resepinya...

    BalasPadam
  4. Tahniah kak amie..semoga terus sukses..pasni nak menghiasi majalah apa pulak yea...Tumpang hepi ngan kejayaan kawan2

    BalasPadam
  5. wow.tahniah kak Amie..
    good job
    teruksan menulis dan berkongsi

    BalasPadam
  6. Tahniah sekali lagi buat Amie..saya dah beli majalah Saji tu.

    BalasPadam
  7. Terima kasih semua.... tanpa anda semua siapalah Amie's Little Kitchen he he heee...

    BalasPadam
  8. Tahniah... semoga Amie sentiasa cemerlang dlm setiap bidang yg diceburi!

    BalasPadam