Pages

Jumaat, 29 Mei 2015

Udang Goreng Bersarang

Jom buat sarang.... sarang apa ya? Kita buat sarang untuk isi udang. Bukan isi telur walaupun sebenarnya sarang ini bahannya telur! Alhamdulillah... lama sungguh, dan berkali-kali mencuba akhirnya setelah bertutorial dengan penuh tekun dengan Encik Google, inilah hasilnya sarang telur yang Amie hasilkan buat pertama kalinya! Itu pun ... sebelum ini rasa macam malas nak buat sebab beberapa kali cuba tapi asyik tak menjadi!

Okeylah kaaann... percubaan yang agak menjadi juga walaupun sarangnya tak 'selebat' mana. Lain kali boleh buat lebih, bagi nampak timbunan sarangnya tu. Ada yang goreng udang dulu, dan kemudian baru sediakan sarangnya. Tapi Amie buat sarang dulu sebab nak pastikan sarangnya menjadi....hiks!

Bahan untuk sarang:
2 biji kuning telur gred AA
1 cawan minyak
2 sudu makan mentega

Cara:
1. Pukul ringan kuning telur.
2. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
3. Gunakan senduk bulat untuk membuat pusingan sehala di dalam kuali.
4. Setelah minyak benar-benar panas, teruskan memusing minyak menggunakan tangan kanan, tangan kiri pula angkat kuning telur agak tinggi dan tuangkan ke dalam minyak gorengan. Teruskan memusing sehala dengan laju sehinggalah habis kuning telur yang dituang tadi.
5. Bila sarang telur kelihatan kuning keemasan, bolehlah angkat dan toskan minyaknya.

Wokey.... selesai satu kerja!

Kita sediakan pula udang goreng dan bahan untuk udang bersarang.

Bahan-bahan:
12 ekor udang kertas saiz sederhana besar - bersihkan - belah belakangnya dan tarik keluar urat urat - gaul udang tadi dengan secubit garam dan goreng hingga masak - angkat dan toskan
7 biji cili padi - hiris
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk
1/2 sudu teh perencah MAGGI Cukup Rasa
3 ulas bawang putih - cincang
2 tangkai daun kari - lurutkan daunnya
2 sudu makan mentega
3 sudu makan susu cair

Cara:
1. Panaskan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Tambahkan hirisan cili padi dan daun kari. Gaul rata.
3. Masukkan susu cair, lada putih dan perencah Cukup Rasa.
4. Setelah bahan tumisan mulai memekat, masukkan udang dan kacau sekali dua. Padamkan api dapur.
5. Masukkan sarang telur tadi, dan gaul bersama udang.
6. Siap untuk dihidangkan.



Bila dah berjaya 'sedikit' buat sarang ini, barulah terasa rupanya tidaklah sesusah mana....! Lain kali kita cuba buat lagi ye...

3 ulasan:

  1. Wah Hebatnya kak amie.. Wanie belum mahir lagi ni.. Asyik tak menjadi jer

    BalasPadam
  2. Wani,
    entah kenapa sebelum ini kakak pun buat asyik tak jadi, rupa-rupanya bila diteliti resepi yang digunakan itu tidak menerangkan cara sebenar nak buat sarang he he heee.... seronoknya bila menjadi, cubalah Wani... jangan takut, in shaa Allah menjadi.

    BalasPadam
  3. Wah Amie! Saya buat tidak secantik ini...

    BalasPadam