Pages

Isnin, 25 Mei 2015

Daging Rusa Masak Sos Lada Hitam

Daging Rusa Masak Sos Lada Hitam.... masakan kegemaran anak-anak. Bukan apa, masakan bersos itulah yang selalu Fuad & Fairuz nanti-nantikan. Tak kisahlah masak ikan atau daging! 

Bahan-bahan:
700 gram daging rusa - hiris nipis
2 biji kentang - potong dadu
1/2 batang lobak merah - potong sepanjang 3 cm
4 batang putik jagung - potong serong
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
3 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
3 helai daun limau purut
2 cawan air
4 sudu makan minyak

Bahan hiris:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga harum.
2. Masukkan daging rusa. Masak sehingga daging kelihatan layu - berubah warna.
3. Tambahkan air dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga daging hampir empuk.
4. Masukkan sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, lada hitam tumbuk, kentang dan lobak merah.
5. Masak sehingga kentang empuk dan kemudian masukkan putik jagung, daun limau purut serta serbuk pati ayam.
6. Kacau sebati.
7.Padamkan api dapur

Selamat menjamu selera!

5 ulasan:

  1. assaalm Mie, syok nya kan Mie selalu dok masak rusa, ada pelihara rusa ke ni heheee, jeles lah kaknoor, dok teringin lama dah tapi blum sampai lagi hajat ni

    BalasPadam
  2. Kak Noor.... ha haaaaa kalau boleh kita nak pelihara gak rusa tapi mana rusa berani dekat ngan kita kak....

    BalasPadam
  3. Dok terbayang pakai chopstick dan ambik sekeping-sekeping daging rusa tu...nyum nyum

    BalasPadam
  4. Lama tk makan daging Rusa, sedapnya nmpk masakan Amie!

    BalasPadam
  5. Sesiapa yang minat memasak try
    http://amazing-tm5.blogspot.com/
    pasti Terbaik

    BalasPadam