Pages

Khamis, 14 Mei 2015

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai.... yang tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas!

Sambal Ikan Bilis boleh dipelbagaikan....
Ada yang suka goreng dulu ikan bilis kemudian di akhir waktu menumis sambal atau setelah sambal pecah minyak, barulah masukkan ikan bilis tadi. Ada yang suka terus masuk saja ikan bilis dan masak bersama sambal, dan ada pula yang suka kisar kasar atau kisar halus ikan bilis kemudian dimasak menjadi sambal!
Petai... ya petai merupakan satu bonus kalau ada! Tambahkan dalam masakan... aduhai! Sudahlah sedap... lagilah bertambah keenakannya bila bertemu dengan si mata hijau ini!
Benarlah kata orang... sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan itu walau di mana, walau dalam apa keadaan sekali pun, bila-bila masa pun tetap menjadi satu hidangan yang menyelerakan. Dan gandingan mantap untuk Sambal Ikan Bilis baik berpetai mahu pun tidak sudah tentunya nasi lemak! Wah! Nampaknya inilah yang dikatakan resepi yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas!

Sambal Ikan Bilis kalau tidak cukup segala sifatnya yang pedas-pedas  manja dan sempurna manis masamnya memang terasa hambar jika bertemu dengan pasangannya, si nasi lemak! 


Bahan untuk Sambal Ikan Bilis Dengan Petai:
2 cawan ikan bilis - bersihkan, cuci dan tos - jika suka goreng terlebih dahulu dan ketepikan - Amie goreng ikan bilis hingga garing
4 papan petai - ambil isinya
4 helai daun pandan - siat-siat dan simpulkan
1 batang serai - dititik
1 labu bawang besar - hiris kasar
1 sudu pati asam jawa (bancuh dengan 1/3 cawan air)
garam  dan gula secukup rasa
minyak

Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5 cm belacan
 



Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Setelah benar-benar panas, masukkan daun pandan dan goreng hingga harum dan layu.
2. Masukkan semua bahan kisar dan tumis dengan api sederhana panas hingga pecah minyak. 
3. Masukkan bancuhan pati asam jawa, garam dan gula. Biarkan mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan bilis, petai serta bawang besar dan kacau beberapa kali sehingga petai berubah warna dan bawang besar menjadi layu.
5. Padamkan api dapur.
6. Keluarkan daun pandan sebelum dihidang.
 



Sekian....


3 ulasan:

  1. Tak pernah mengecewakan. Sentiasa nampak sedap dan pastinya rasa sedap!

    BalasPadam
  2. Salam, Tq for sharing the delicious recipes. Awesome taste!
    I nak share Resepi Sejarah Nasi Lemak.
    Boleh try ni....Sedap gila!!!
    Source and citation:http://sejarahnasilemak.blogspot.com/
    #masakan #pelbagai #resepi masakan #menyediakan pelbagai
    #pelbagai resepi #resepi #dessert #dan pelbagai #menyediakan
    #pelbagai resepi masakan #dessert dan pelbagai #dessert #blogger

    BalasPadam