Pages

Khamis, 14 Mei 2015

Mangga Oh Mangga! Jom buat Kerabu Mangga!

Kelmarin.... balik dari tempat kerja, ketika membuka pintu pagar rumah....
terpandang buah mangga udang bergantungan nun di sudut kawasan rumah... di belakang dapur. Kita pun pergi tengok. Oh! Dah besar rupanya mangga ....

 Dalam kepala dah tak ada lain yang terlintas....melainkan kerabu mangga!

 Jom kita pilih mana satu mangga idaman!

 Setiap tangkai hanya sebiji saja buah mangga yang bergayut!

Barangkali berat... jadi tak mampu nak tampuang dua atau tiga biji setangkai. Mangga di atas tu... duduk atas tanah!

 Dan... kebanyakannya menyandar di pagar!

 Jom kita petik sebiji!

 Mangga udang ini belum masak tapi sudah tua! Memang sesuai benarlah kalau nak buat kerabu. Amie cukup suka rasanya yang tak berapa masam. Rangup! Amie potong sikit saja... cukuplah untuk Amie dan Encik Suami.


Minta maaf pada ikan nyok-nyok, masak lemak petola campur tempe di sebelah kerabu mangga tu! Kita nak ratah kerabu mangga saja....

Bahan-bahan:
2 cawan hirisan mangga
1 cawan hirisan timun
1 cawan hirisan lobak merah
1 cawan hirisan bawang besar
1 cawan ikan bilis goreng tumbuk kasar
1/2 cawan kacang tanah tumbuk kasar
1 kuntum bunga kantan - hiris
2 biji cili hijau - hiris
10 biji cili padi - hiris
3 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1/3 cawan jus limau nipis

Cara:
1. Gaul kesemua bahan di atas.
2. Biarkan 15 minit sebelum dinikmati.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Amie,

    Sedapnya kerabu mangga nie, kakmah ambil resipi yee, kakmah nak cuba buat, kakmah juga peminat kerabu mangga nie.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam,
    silakan Kak Mah.

    BalasPadam