Pages

Jumaat, 8 Mei 2015

Jom Meratah Ketam! Kita Masak Singgang Ketam!

Ada nostalgia yang tersendiri setiap kali Amie ingin masak ketam. Ketam memang sedap apalagi kalau makan ratah-ratah begitu saja! Kalau makan dengan nasi memang tak puas meratah isinya! Semacam ada gangguan pulak.... ahaks! Che Ong.... seorang rakan sekerja, beberapa kali membawa Amie ke pasar beli ketam...he he hehe ini cerita zaman bujangan dulu... lebih 20 tahun yang lalu! Che Ong akan beli 4 hingga 5 kg ketam. Diajarnya Amie pilih ketam. Katanya pilih ketam betina! Ada telur di dalamnya!
Kemudian Che Ong bawa Amie pulang ke rumahnya di Kampung Jawa. Che Ong rebus saja kesemua ketam yang dibeli. Kemudian Che Ong toskan air rebusan. Che Ong tuangkan sedikit cili sos dicampur dengan kicap, dipatah-patahkannya beberapa biji cili padi dan kemudian diperahnya air limau kasturi di atas sos buatannya tadi.
Selepas itu Che Ong bawa ketam rebus bersama bahan sos pencicah tadi ke bawah pokok gajus. Di situlah kami berdua meratah ketam! Isi ketam cicah dengan sos ringkas tadi.

Kita buat singgang ketam... nak tak?  Jadi, tidaklah hilang ke mana rasa isi ketam tu. Nak rebus macam Che Ong buat boleh juga, tapi alamatnya Amie seoranglah yang boleh meratahnya... he he hee! Kalau nak rebus untuk sekeluarga kena beli lebih 5 kg, sebab berapalah sangat isi ketam kalau setakat 1 kg? Kulit dan sepitnya saja sudah berat lebih dari separuh berat asal! Baiklah kita masak singgang iye..... boleh hirup-hirup kuahnya yang masam manis campur dengan nanas tu.

Bahan-bahan:
1 kg ketam - 4 ekor - bersihkan dan belah 2 jika suka
1 batang serai - dititik
6 kepingan nanas masak
1 keping asam gelugur 
1 biji cili merah - belah 2
1 biji cili hijau - belah 2
700 ml air
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa

Bahan hiris:
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm kunyit hidup
3 cm halia

Cara:
1. Jerang air dalam periuk.
2.  Masukkan serai, kunyit, halia, bawang putih, bawang besar dan nanas.
3. Setelah mendidih, masukkan ketam bersama cili merah dan cili hijau.
4. Masak di antara 5 hingga 7 minit.
5. Perasakan dengan perencah MAGGI Cukup Rasa.
6. Padamkan api dapur dan hidangkan.
Gambar di atas sekali tu tertutup sedikit dengan batang serai. Gambar di atas yang kedua ini Amie dah alihkan serai. Bolehlah tengok rupa ketam betina bersama telurnya yang berwrna oren di tengah-tengahnya tu. dalam cengkerang ketam pun ada telurnya juga... terselit di bahagian tepinya. Tu pasal ada resepi ketam goreng telur masin... he he hehe..isi telur masin yang kuning oren tu kalau dihancurkan ada rupa paras telur ketam sikit!

Terima kasih Che Ong sebab pernah menjadi sahabat yang paling baik.... paling tak boleh Amie lupakan bila Che Ong berpesan ketika rebus ketam! Katanya jangan rebus lama-lama, nanti isinya tak sedap! 
Che Ong.... al-Fatihah buatmu! Kau telah pergi untuk selama-lamanya pada Disember 2013. Kami terkejut dengan pemergianmu secara tiba-tiba... beberapa jam sebelum kau pergi, kau masih lagi mampu memandu kereta ke hospital untuk mendapatkan rawatan! Kami, rakan-rakanmu sentiasa mengenangmu. Damailah dikau di sana... di jalan lurus menuju ke syurga.

3 ulasan:

  1. memang terbaik resepi ni... hihi..

    BalasPadam
  2. Good recipe! Boleh suruh budak-budak rumah cuba masak nanti. Hahaha

    BalasPadam
  3. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    BalasPadam