Pages

Ahad, 19 April 2015

Donut & Kopi Hitam!

Jom sarapan pagi...

Resepi donut yang biasa-biasa saja.... tak ada yang istimewa, tapi tetap menyelerakan dijadikan santapan pagi yang ringan sebagai alas perut dengan secawan kopi panas! Bahannya pun tak susah nak cari, cuma kena selongkar dapur masing-masing.... ngeeee! Kebetulan ada tepung ubi kentang, Amie tambahkan 100 gram dalam adunan. Tak ada tepung ubi kentang pun ok, rasa tetap sama kalau gunakan tepung gandum.

Bahan-bahan:
500 gram tepung gandum
100 gram tepung ubi kentang 
1 paket yis mauripan - 11gram 
2 sudu makan mentega - cairkan
1 biji telur
4 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula pasir
1 cawan air suam
gula icing, atau gula halus

Cara:
1. Satukan gula pasir bersama air suam dan kacau hingga larut, kemudian masukkan yis mauripan. Ketepikan selama 10 minit.
2. Dalam sebuah bekas, masukkan tepung, susu tepung,telur, mentega cair dan juga larutan gula pasir bersama yis mauripan.
3. Gaul sebati sehingga menjadi doh, dan jika agak lembik tambahkan sedikit tepung di tangan supaya tidak melekat semasa menguli.
4. Banting-bantingkan doh beberapa kali dan kemudian rehatkan selama 40 minit  atau sehingga doh mengembang dua kali ganda dari keadaan asal.
5. Canai doh mengikut ketebalan yang diingini. Dan kemudian terap menggunakan penerap donut.
6. Goreng di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas.
7. Apabila donut kelihatan kuning keemasan, angkat dan toskan.
8. Golek-golekkan di atas gula icing atau gula halus atau apa sahaja bahan manisan yang digemari.

Selamat berhujung minggu kawan-kawan....

1 ulasan:

  1. erm, sedap breakfast akak tu..boleh buat umtuk minum petang juga..

    BalasPadam