Pages

Ahad, 8 Mac 2015

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 12) : Perjalanan (IV) Dari Pondok Timpohon ke Laban Rata

Hari semakin gelap.
Bell menelefon Mimie.... meminta bantuan rakan-rakan dari Laban Rata.
Amie dan Nano ambil keputusan mendahului Bell. Di pertengahan jalan tempat kami tinggalkan Bell, kelihatan Jill bersama Anwar sedang menuruni gunung untuk membantu Bell.
Jarak hanya tinggal 200 meter.... 100 meter, dalam cuaca sejuk dan gelap malam, akhirnya kami tiba juga di kawasan lapang... itulah Laban Rata! Di situlah Ramlee bersama rakan-rakan yang lain bermain bola tampar sehingga sorakan suara mereka kedengaran dari tempat kami mendaki... sebelum kegelapan menyelubungi suasana!

Aku tak mahu naik gunung... esok pagi aku tak mahu teruskan! Tiba-tiba Amie luahkan perkataan itu.
Saya pun tak mahu naik ke puncak, sahut Nano.
Oh! Tiba-tiba saja kami patah semangat... atau hilang semangat?

Perlahan-lahan kami menapak... sambil sesekali menoleh ke belakang. Mana tahu Bell, Jill dan Anwar sudah berada di belakang kami.
Tidak ada!

Itulah puncaknya! Amie tunjukkan Nano batu hitam tersergam di belakang tempat penginapan. Tiba-tiba terbayang kenangan lalu...dua kali mendaki ke puncak!
Saya tak nak mendaki lagi, tapi rugi tak saya kalau tak naik? Tanya Nano.
Amie tak menyahut, tapi dalam hati Amie katakan begini: Memang rugi! Kau memang rugi sebab ini kali pertama kau mendaki. Penat lelah dari kaki gunung sampai ke tempat penginapan tak berbaloi... kalau kau tak mendaki. 
Tapi Amie pun sebenarnya pada ketika ini sudah kehilangan kata dan semangat! Kami sama-sama menyeret kaki membawa tubuh masing-masing ke pintu masuk restoran....

 Ketika kami tiba, kawan-kawan kata jam sudah menunjukkan pukul 6.45 malam.... 
Terima kasih kawan-kawan kerana sudi menyimpankan kami makanan, sebelum restoran tutup pada pukul 7 malam!

 Tidak lama kemudian muncul Bell diiringi Jill dan Anwar!
Alhamdulillah... semuanya telah selamat sampai.

 Kami bertemu kembali... berkumpul bersama rakan-rakan ekspedisi.

 Selepas ini kami masuk ke bilik.... dan berehat!
Pendakian ke puncak dijadualkan pada pukul 2 pagi keesokan harinya.

Bersambung.....

2 ulasan: