Kami ditempatkan di tingkat atas. Ahli ekspedisi yang lelaki... Amie tak tahu di bilik mana... atas ke, bawah ke... tak pasti, yang Amie dengar bilik Buttercup. Amie tak rakam suasana dalam bilik... bilik kami ada 4 katil bertingkat, bermakna 8 orang boleh tidur di situ. Bell dan Mimie di bilik sebelah, bilik Butterfly. Ada dua katil bujang di bilik mereka, lengkap dengan bilik air. Kami bergilir-gilir ke bilik mereka untuk masuk ke bilik air.
Bezanya... dulu kami dibekalkan sleeping beg, tapi kali ini tidak ada. Setiap katil dilengkapi dengan bantal dan selimut tebal.
Malam itu, masing-masing sibuk membuat persiapan untuk meneruskan pendakian pada keesokan pagi. Paling sibuk... sudah tentunya menggosok kaki dengan minyak urut! Dan ketika itu minyak urut paling laku... minyak kuda! Itulah yang disebut-sebut... minta sikit minyak kuda! Mintak minyak kuda! Rupanya minyak kuda itu milik Nano.
Macamana ni... saya nak naik gunung ke tak? Nano masih ragu-ragu dengan keputusannya.
Ko naiklah Nano... aku malas, sahut Amie.
Terima kasih kawan-kawan kerana terus memberi semangat dan sokongan moral untuk kami. Darwisah.... aku sangat menghargai sokongan dan doronganmu. Sambil menggosok betis dan seluruh kakinya dengan minyak kuda, Darwisah terus memujuk, memberi kata-kata semangat dan perangsang. Begitu juga Kamsiah... tak terucap rasa terima kasih itu sehingga kini! Terima kasih Mimie... dan juga teman-teman yang lain.
Akhirnya Nano...
Saya nak ikut naik gunung! Suami saya kata ... dah alang-alang sampai Laban Rata kenapa tak terus naik?
Betul itu Nano... sebelum ini suamimu berat untuk melepaskanmu ikut serta ekspedisi ini sebab bimbang dengan kemampuanmu. Sekarang sudah terbukti, kau sudah berada di 3/4 pendakian!
Sebelum melelapkan mata, Amie telefon Encik Suami.Encik Suami : Jadi, esok pagi jam berapa naik ke puncak.
Amie : Mummy tak naiklah.
Encik Suami : Kenapa?
Amie : Entah.
Encik Suami : Kenapa tak jadi naik?
Amie : Tak ada apa.
Encik Suami : Mesti apa apa-apa ni.
Amie : Tak ada apa.
Encik Suami : Kalau tak ada apa-apa kenapa tak terus naik?
Amie : Tak ada semangatlah.... malas...
Talian terputus.....
Encik Suami pula yang menelefon Amie.
Encik Suami : Mesti ada yang tak kena ni sampai tak jadi naik.
Amie : Tak ada apa-apa. Cuma... malaslah nak naik.
Encik Suami : Alang-alang dah sampai Laban Rata, kenapa tak terus naik?
Amie : .......
Encik Suami : Kan Mummy dah jogging tiap-tiap petang, tiap-tiap minggu daki Gunung Silam tu nak buat apa... kalau tak naik ke puncak.
Amie : Iye laaa...
Encik Suami : Teruslah naik... alang-alang dah sampai situ, kalau tak terus naik buat apa ikut mendaki.
Amie : ......
Encik Suami : Okeylah. Berehatlah dulu. Esok pagi teruskan daki gunung....
Amie : ......
Encik Suami : Assalamualaikum.
Amie : Waalaikumussalam.
Sekali lagi Amie memerhati keliling... masih lagi dengan pelbagai aksi mengurut kaki! Amie diam-diam saja mendengar keluhan.... kakiku sakit.... betisku sakit... pehaku sakit! Oh! Amie tidak merasakan kesakitan itu.... dan tidak setitik pun minyak urut singgah di mana-mana bahagian kaki Amie.
Rupanya.... berjalan kaki sejauh 3 hingga 7 km setiap petang selama sebulan benar-benar membantu! Ketika itu Amie teringat Encik Suami hantar Amie ke taman untuk mengelilingi trek, atau mengiringi Amie dengan memandu perlahan ketika Amie berjalan kaki di kawawsan kampung, naik dan turun bukit!
Awal sungguh kawan-kawan bangun.... belum pun pukul satu pagi, mereka suka bersiap sedia....Melihat Misa menyapukan minyak kuda ke seluruh badannya, Amie meminta botol minyak urut dari tangannya. Amie buka stoking dan mula menyapu sedikit minyak tersebut supaya tidak masuk angin .... angin sejuk.
Cikgu ikut naik? Tegur Darwisah.
Amie angguk.
Ikut naik? Tanya Kamsiah.
(Menurut Kamsiah, semasa Amie tidur dia terdengar Amie bersuara: Nano... ko naiklah gunung... pada mulanya Kamsiah sangka Amie bercakap dengan Nano, tapi dilihatnya Amie sedang tidur dan sempat pula Kamsiah melihat jam tangannya yang menunjukkan angka 12 lebih... barangkali Kak Sal mengigau, bisik hatinya. Dan... sememangnya Amie mengigau).
Aku naiklah... Encik Suami kata alang-alang dah sampai sini... Amie tujukan kata-kata itu untuk Nano.
Iye laa... suami saya pun kata macam tu jugak, sahut Nano.
Along JR : Tentatif perjalanan ke puncak...
jam 1:30 pagi - 2:00 pagi (mandi & bersiap)
jam 2:15 pg (berkumpul di bawah)
jam 2:30 pg (mulakan pendakian ke puncak)
apa-apa hal sebelum memulakan pendakian bacaan doa dulu (diketuai oleh Fauzan)(0:38)
JillWind : Go team hikers... pantang mundur sebelum puncak! Alang-alang sudah naik sampai Laban Rata, biar kasi sampai puncak kesemuanya ya! (0:39)
Mimie : Aku dah kundim kaki (1.39)
JillWind : Mimie... Menyesal nanti tak sampai puncak. Dah 6km boleh, xkan 2.5 km x boleh pulak (1:51)
Ketika kami turun di restoran, makanan belum dihidangkan. Tukang masak sedang sibuk memasak dan menyediakan persiapan yang lain.
Suasana kelihatan agak lengang. Ramai pendaki yang belum keluar dari bilik penginapan.
Pendakian perlu diteruskan sejauh 2.7km untuk sampai ke puncak!
Walaupun jam hampir menunjukkan angka 2 pagi, tetapi makanan masih belum siap dihidangkan!
Akhirnya kami dapat isi perut juga walaupun hampir pukul 2:15 pagi.
Para pendaki kelihatan begitu berselera mengisi perut.... ada mee hoon goreng, nasi goreng, sosej, minuman panas dan lain-lain.
Suasana yang pada mulanya lengang telah menjadi agak sesak.
Dalam kegelapan malam di luar tempat penginapan Amie sudah tidak mengenali kawan-kawan.... sebab pendaki yang begitu ramai berkumpul di situ. Satu demi satu kumpulan pendaki berlepas diiringi malim gunung masing-masing setelah mereka diberikan taklimat ringkas. Tapi masih mengenali Misa, Kamsiah....
1. Teruskan pendakian, jangan tunggu kawan. Kalau pendaki ada masalah, itu mountain guide yang akan uruskan.
2. Pendaki perlu sampai di check point Sayat Sayat sebelum pukul 5 pagi. Sekiranya tidak sampai pendaki tidak dibenarkan meneruskan pendakian sebab akan mengambil masa untuk turun kembali. Ini bermakna mereka terpaksa turun semula!
Nano... selamat sampai ke puncak..... (Nano di belakang pendaki berbaju putih).
Ketika ini... jam hampir menunjukkan angka 3 pagi! Nampak macam sudah terlewat! Dan kami kumpulan terakhir berlepas...
Bersambung.....
Entri berkaitan dengan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu:
CUTI-CUTI MASAK : LALUAN MENAWAN GUNUNG KINABALU
EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU : HASRAT CIKGU MUNIM
MEMBAWA SEMANGAT CIKGU MUNIM DALAM EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU
PERSEDIAAN & PERSIAPAN SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU
PERJALANAN LAHAD DATU-KUNDASANG
TAMAN KINABALU
BERTEMU MALIM GUNUNG & BERTOLAK KE TIMPOHON GATE
PONDOK TIMPOHON & SELAMAT MENDAKI
PERJALANAN DARI TIMPOHON KE LABAN RATA
MENDAKI KE LABAN RATA
BERMALAM DI LABAN RATA
DARI LABAN RATA KE PUNCAK KINABALU
MENAWAN PUNCAK KINABALU
TURUN DARI PUNCAK GUNUNG KINABALU
CERITA SELEPAS PENDAKIAN
DARI GUNUNG TURUN KE LAUT
BERSANTAI DI PULAU SAPI & PULAU MANUKAN
SEMALAM DI KOTA KINABALU
BILA NAK MENDAKI GUNUNG KINABALU LAGI?
Salam Amie...seronoknya baca catatan Amie ni,br sempat singgah nanti atie nak baca n3 seblmnya.
BalasPadamBest lak bc citer org mendaki.. :)
pernah tawan puncak kinabalu suatu masa dulu, semangat kena kuat, beSt giler....
BalasPadam