Pages

Isnin, 16 Mac 2015

Daging Rusa Masak Asam Pedas dengan Umbut Kelapa... panjangnya nama resepiku!

Entri sebelum beradu....
Kalau nak tahu orang di daerah kami panggil rusa tu payau... payau!
Ini kira bekalan daging rusa terakhir yang boleh Amie kongsikan resepinya. Tak tahu bila lagi nak dapat daging rusa. Kali ini Amie masak asam pedas, dan kebetulan kakak ipar bagi umbut kelapa. Apalagi... gatai tangan ni nak masak daging payau dengan umbut kelapa! Mulanya nak masak kari, tapi dah buat kari daging rusa dua minggu lepas (malas nak kongsi paparan sebab gambar tak jelas). 
Daging rusa yang Amie olah ini lembut, dan masih manis. Tu pasal tak mahu simpan lama-lama nanti lain rasanya. Bila masak dengan umbut terasalah lagi keenakannya, keluar lagi manisnya... hilang rasa masam asam gelugur! Disebabkan daging rusa yang lembut dan cepat masak, Amie potong dadu, tak potong nipis macam selalu. Umbut kelapa pula, Amie potong besar-besar sikit! Sewaktu memasaknya, tak sabar nak tahu rasanya.... Bila Amie cicipi kuahnya sedikit.... ah! Rasa manis daging rusa dan manis umbut kelapa menjadi mesra! Pantas Amie keluarkan semula asam keping yang pada citarasa Amie cukuplah rasa masam-masam sedikit! Eloknya bubuh 1 keping saja asam gelugur tu, dan bukannya 2 keping seperti yang Amie buat.

Bahan-bahan:
500 gram daging rusa - potong ikut citarasa
500 gram umbut kelapa - potong ikut citarasa
3 tangkai daun kesum 
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
3 cawan air
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
2 cm kunyit
2 cm belacan
1 sudu teh lada putih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga terbit minyak.
2. Masukkan daun kesum,  daging rusa dan gaul mesra dengan bahan tumisan sehingga daging berubah warna.
3. Tambahkan air dan asam gelugur. Biarkan mendidih.
4.  Masukkan umbut kelapa dan masak lagi sehingga daging rusa dan umbut kelapa menjadi lembut.
5. Setelah kuah agak pekat, perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
6. Padamkan api dapur.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Amie.
    K.Sham pernah jugak mkn daging rusa tp buat rendang.
    Masak asam pedas.. belum pulak pernah rasa lagi.

    BalasPadam
  2. tk pernah makan lah Mie, sedapp nya dimananak cari disini Mie

    BalasPadam
  3. tk pernah makan lah Mie, sedapp nya dimananak cari disini Mie

    BalasPadam
  4. tak pernah makan daging rusa ni
    alahai, kat mana nak cari ni

    BalasPadam