Tukang masak kerjanya enteng,
Bangun pagi masak nasi goreng,
Campur cili campur udang kering,
Bila makan mata naik juling.
Memang lazat memang sedap,
Kurang masin boleh tambah kicap,
Nasi goreng sudahlah terpuji,
Seantero dunia seluruh negeri.
Betul ke mudah sangat kerjaya sebagai tukang masak seperti dalam senikata lagu Nasi Goreng Bubur Kacang gubahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee seperti di atas tu? Ha hahaa... mari kita lihat Nasi Goreng Budu Pedas Berapi yag Amie masak pagi tadi. Betul tak apa kata P. Ramlee tentang masakan nasi goreng ni
3 cawan nasi putih
2 batang serai - hiris halus
15 helai daun kesum - hiris halus
10 biji cili padi kampung - hiris nipis
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
3 sudu makan budu
3 sudu makan minyak
1 sudu teh serbuk pati ayam
Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Bahan hiasan:
telur goreng mata kerbau
ikan bilis goreng
kacang gajus goreng
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan nasi putih dan gaul sebati.
3. Masukkan serai, daun kesum, bunga kantan dan budu. Gaul rata dan tambahakan serbuk pati ayam sebagai pelengkap rasa.
4. Akhir sekali taburkan cili padi dan gaul sekali lagi.
5. Hidangkan bersama telur goreng mata kerbau, taburan ikan bilis goreng dan kacang gajus.
Kalau nak lagi pedas, semasa menghidangkannya tambahkan lagi taburan hirisan cili padi..... barulah nanti bila makan mata naik juling seperti kata P. Ramlee...... ahaks!
Sedapnya.
BalasPadamsedapp ni
BalasPadamTelan air liur acik jadinya Amie..suka sangat dengan nasi goreng bila letak cili api ni
BalasPadamkak amie, kalau saya buat nasi goreng budu, mesti letak daging masin... heaven sangat2.... saya kat sini sengaja tak bawak budu, nanti makan nasi banyak. he he he
BalasPadamSedap tengok nasi goreng tu..
BalasPadamAmie..walaupun budu makanan harian Cik Wan tapi tak pernah pulak terpikir nak buat nasi goreng budu...tak sabar nak ke dapur..nak buat jugak..mesti sedap ni..terima kasih byk2 bagi resepi
BalasPadamwah. dah seperti nasi goreng kerabu sebab menggunakan ulam-ulam begitu..
BalasPadamFiza & Muzai,
BalasPadamtq... jemput makan sama.
Acik,
ha hahah.. sedangkan P Ramlee pun dah kata mata naik juling ye Acik.
Cheq Sue,
alahai... tak pernah jumpa daging masin Cheq Sue... kalu ado nak cuba juga.
Adda,
BalasPadamhe hehhe... meriahkan Adda.
Cik Wan,
saya biasa makan nasi goreng kerabu, tapi yang ni sebab tak cukup ulam... buh nama nasi goreng budu ha haha.
Ha Md,
betl tu tapi ulam tak berapa lengkap laaa...
Sungguh menarik! saya tak pernah masak nasi goreng masukkan budu!
BalasPadam