Pages

Isnin, 12 Januari 2015

Ayam Masak Sos Buah Plum

Ingin sangat Amie lelapkan mata barang seketika.... tapi tiba-tiba teringat Encik Suami, Firdaus dan Fairuz yang akan pulang sebentar lagi. Tentu semuanya lapar! Amie bingkas bangun, gagahkan diri ke dapur dan melawan rasa mengantuk! 
Mulalah bersilat di dapur.... nak masak apa? Masaklah apa sahaja bahan yang ada. Masak yang mudah dan ringkas dan yang penting sebelum seisi keluarga sampai di rumah, makanan sudah terhidang di atas meja!
Bila mata terpandang halia muda, tangan pun ambil halia. Bila buka peti sejuk terpandang leek, lobak merah dan batang celery, tangan pun tarik bahan-bahan itu keluar. Terpandang satu tin cendawan entah berapa minggu atas meja tak diusik... baiklah kubuka penutupnya! Haa... daging ayam pun dah hilang bekunya. Nak masak ayam nih. Ayam masak apa? Masak ayam bubuh halialah. Hiris halia muda banyak-banyak, lepas tu tumis bersama ayam, dan tambah sos tiram. Mudahkan? Ya... sangat mudah! Yang penting masakan tak pedas, tak perlu bubuh sos cili atau cili hidup... sebab Firdaus biasanya akan ikut makan apa yang kami makan. Sian budak kecik tu kalau termakan cili!

Tapi, akhirnya yang siap Ayam Masak Sos Buah Plum
.... sebab terpandang sos buah plum yang tak pandai habis digunakan!

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong menjadi 10 bahagian
1 tin cendawan - belah 2
1 batang celeri - potong serong
2 batang leek - potong sepanjang 3 cm
1/2 batang lobak merah - potong bulat
5 cm halia - hiris nipis
1 labu bawang besar - mayang kasar
3 ulas bawang putih - pecahkan
3 sudu makan sos buah plum @ sos plum
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk pati ayam
2 cawan air
4 sudu makan minyak

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
2. Masukkan daging ayam bersama lobak merah dan batang celery. Balik-balikkan daging ayam dan biarkan seketika sehingga daging ayam layu.
3. Masukkan sos buah plum, sos tiram dan cendawan serta air.
4. Masak sehingga kuah mendidih dan kemudian tutup kuali. Gunakan api sederhana.
5. Serelah daging ayam empuk, masukkan serbuk pati ayam dan leek. Gaul sekali dua, dan padamkan api dapur.


Alhamdulillah.... anak-anak dapat makan sebelum malam menjelma, dan nampaknya Fairuz makan dengan berselera sekali.... mungkin lapar dan penat baru balik dari sekolah. Firdaus.... alahai sayang anakku sayang ini.... makan nasi atas pinggang sendiri, sampai menjilat jari... menjilat kuah! Suka rupanya Firdaus makan Ayam Masak Sos Buah Plum ini. Lain kali Mummy masak begini lagi ye sayang.

4 ulasan:


  1. salam Amie.

    teringat sebotol sos plum yang masih tidak digunakan. Masa beli bukan main beria2 nak buat. Bolehlah mencuba resepi ini. TQ.

    BalasPadam
  2. bagusnya kak amie.. tun kan, kalau mengantuk, tepon husben cakap beli beger kepci.. haha.. x senonoh betul.. akab berusaha utk lebih rajin!
    ps: sos plum dh expired xhabis guna.huhu

    BalasPadam
  3. Memang sedap masakan ini bila masukkan sos buah plum!

    BalasPadam