Pages

Sabtu, 10 Januari 2015

Acar Peria Dengan Mangga

Dulu Amie pernah kongsikan resepi acar peria DI SINI.
Hari ini Amie kongsikan lagi menu yang sama, tapi ada sedikit penambahan bahan. Bagi yang ingin mencuba, dipersilakan. Kalau tak suka pahit peria, boleh kurangkan dengan meramas peria yang telah dihiris dengan garam halus dan kemudian bilas, perah dengan tangan hingga kering.
Peria yang Amie gunakan kali ini tidak pahit, sebab Amie pilih buah peria yang berwarna hijau muda... muda sangat warnanya dan hampir keputih-keputihan. Peria ini bukan kategori muda sebab bijinya sudah berwarna merah, cuma warna kulitnya saja yang membezakan antara peria yang pahit dengan yang tidak. Jadi, sekiranya anda ingin makan peria yang tidak pahit, pilihlah peria yang berwarna seakan-akan putih.


Bahan-bahan:

1 biji peria putih - buang biji dan hiris nipis
2 biji mangga muda - kupas kulit dan cincang
1 kuntum bunga kantan - hiris nipis
1 labu bawang besar - hiris nipis
10 biji cili padi - hiris halus
10 biji limau kasturi - ambil jusnya
1/2 cawan udang kering - rendam hingga lembut - toskan
1 sudu teh garam
3 sudu makan gula

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan hiris ke dalam mangkuk.
2. Gaulkan bersama udang kering, gula, garam dan jus limau kasturi.
3. Biarkan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum dinikmati.

4 ulasan:

  1. adus sedapnya Mie kaknoor belum pernah masak mcm ni boleh try gak coz maktok suka peria haha selalu tumis je sbb bos suka tumis2 boleh try ni

    BalasPadam
  2. Amie, acar peria dengan mangga boleh membuka selera!

    BalasPadam