Pecal... atau asal bunyi dan namanya dalam bahasa Jawa ialah pecel memang sudah tidak asing lagi di antara banyak-banyak hidangan di negara kita.
Syarat utama menu yang dinamakan pecal atau pecel ini mestilah ada kuah kacang yang dicampur dengan pelbagai jenis sayuran. Ini bermakna hidangan pecal merupakan sebahagian hidangan yang sihat dan berkhasiat bukan?
Ada yang menambah pelbagai bahan selain sayur-sayuran seperti nasi himpit, tauhu goreng, tempe goreng dan sebagainya. Biasanya pecal hasil air tangan orang kampung kami terdiri daripada bahan seperti pucuk ubi, nangka muda, taugeh, timun, dan kacang panjang. Walau bagaimanapun janganlah rasa pelik kalau terjumpa pecal yang mengandungi betik muda celur, paku pakis, sengkuang dan sebagainya.
Ini dia.... pecal kami... gunakan bahan yang seadanya sahaja. Ada pucuk ubi celur, hirisan timun, kacang panjang dan taugeh. Seingat Amie Bonda tidak pernah tambah tempe atau nasi himpit atau bahan lain selain sayur-sayuran rebus. Taugehnya pulak.... inilah taugeh yang Amie suka sangat! Taugeh buatan sendiri daripada kacang hijau... taugeh ekor pendek yang lemak-lemak rangup dan hanya celurkan tidak sampai 30 saat dalam air panas mendidih!
Apa pun ikut selera masing-masinglah untuk sediakan bahan pecal ini. Yang penting kuah kacang mesti sedap! Bila kuah kacang secukup rasa dan menepati selera, campur dengan apa sayur sekali pun tetap terasa keenakannya!
Jom kita tengok resepi pecal yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ni.
Bahan-bahan:
300 gram pucuk ubi - celur hingga lembut
300 gram kacang panjang - celur
400 gram timun - sagat / hiris halus
300 gram taugeh - celur
Bahan untuk sambal / kuah pecal:
350 gram kacang tanah
15 biji cili kering - jika suka pedas boleh tambah cili padi
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
4 ketul isi cekur
3 cm belacan - kalau tak masukkan pun boleh
1 sudu teh pati asam jawa
3 cawan air panas suam
garam/ gula / perasa pilihan
minyak
Cara:
1. Goreng kacang tanah hingga masak dan tumbuk hancur tetapi tidak terlalu lumat.
2. Goreng cili kering, bawang putih, bawang merah, dan belacan. Kemudian tumbuk atau kisar bahan gorengan tadi bersama isi cekur hingga halus.
3. Campurkan kesemua bahan 1 dan 2 di atas dan gaul bersama air panas suam.
4. Jika suka kuah pekat, kurangkan sukatan air. Jika sebaliknya, tambah sukatan air.
Mudah dan ringkas saja cara penyediaannya. Selamat menikmati pecal!
ayo yo yo...sedap sungguh!!!. Cik Wan kalau makan ni tak lalu makan nasi dah..hehehe
BalasPadammencabar selera betul ini pecel kak amie...setuju, kuah power mmg rahsia ksedapan pecel..
BalasPadamWana pun suka makan pecal..sedap dan berkhasiat kan Kak amie
BalasPadamBaru malam tadi terfikir nak makan pecal...sedap sangat ni..lama betul tak makan.
BalasPadamKlasiknya toge ni Amy. Hanya boleh dapat kalau pergi pasar tani kat Kuala Selangor, Klang dan yang sewaktu dengannya!
BalasPadamAssalam Amie,
BalasPadamkalau kat sini kita panggil kecambah.. kemarin pun baru buat sambal kecambah...memang sedapkan amie..pecal kalau kuah kacangnya sedap..lagilah terangkat..menu diet pun boleh juga ni..heheh
Kalau ada depan adda ni ...mmmm tak sabar nak ngap!!!!
BalasPadam