Kelmarin.... ini resepi kelmarin, cerita kelmarin tapi resepinya tak basi punya .... ahaks! Amie cuba tambahkan sendawan shiitake dalam resepi nasi beriani. Lauknya pula Amie sekali lagi masak Ayam Masak Kurma Resepi Che Jah..... sesungguhnya masakan kurma yang pernah Amie katakan akan teragak-agak untuk memasaknya, kini sudah menjadi masakan kegemaran keluarga! Terima kasih sekali lagi buat Puan Che Jah, mentua adik Amie yang sudi kongsi resepi yang sangat sedap ini! Kalau tak cuba resepi ini, mungkin Amie tak akan tahu bahawa ayam masak kurma sebenarnya sedap jika kita tahu memasaknya dengan betul. Apa yang menariknya di sini, sudah tentulah penggunaan daun pudina dan perahan jus limau nipis ke dalam masakan ini.
Tak sempat nak ambil gambar dalam satu set pinggan hidangan sebab anak-anak dan Encik Suami sudah lama menunggu di meja makan. Fairuz pulak, sejak terbau aroma nasi beriani asyik berkali-kali masuk dapur tanya dah siap ke belum? Sesekali Amie sempat intai Fairuz sedang bantu Encik Suami cuci kereta di garaj. Nanti sekejap-sekejap menyelinap ke dapur menghidu dan meninjau-ninjau masakan yang belum siap!
Kita mulakan dengan resepi Nasi Beriani Cendawan yang sangat sedap ini. Ketika menumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan.... sudah terasa betapa harumnya... aaah! Sekali lagi Fairuz masuk dapur. Katanya... macam hari rayalah Mummy! Bila nak siap masak ni?
Kali ini Amie masak nasi beriani gunakan rice cooker. Periuk pengukus Amie hangus hangit sewaktu Amie masak nasi kuning beberapa minggu lepas. Amie sebenarnya jarang sangat masak nasi begini gunakan rice cooker sebab takut nasi kurang masak atau terlembik. Apa pun Amie akan cuba berhati-hati supaya hasilnya nanti seperti yang diharapkan. Terlebih dahulu Amie bersihkan beras bashmati dan rendam selama 20 minit. Kebiasaanya, kita gunakan air melebihi sukatan beras sebab beras begini kuat makan air. Tapi Amie hanya gunakan sukatan air sama dengan beras memandangkan beras sudah kembang, dan selain itu ada tambahan susu cair pula.
Bahan-bahan:
4 cawan beras bashmati - bersihkan dan rendam selama 20 minit
5 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang dan lembut - hiris nipis
1/2 cawan kismis
3 sudu makan rempah beriani
4 cawan air
150 ml susu cair
3 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak jagung
1 biji cili merah - belah dua
1 biji cili hijau - belah dua
4 tangkai daun pudina
1/2 sudu makan pewarna kuning telur
garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan tumis:
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 labu bawang besar - hiris nipis
3 cm halia - hiris halus seperti batang mancis
3 helai daun pandan - siat dan simpulkan
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Bahan hiasan:
kacang gajus goreng
kacang badam goreng
Cara:
1. Panaskan minyak sapi bersama minyak jagung dalam rice cooker.
2. Masukkan bahan-bahan tumis dan masak hingga harum dan bawang menjadi layu.
3. Tambahkan serbuk rempah beriani dan gaul sebati hingga wangi.
4. Kemudian masukkan cendawan shiitake, kismis, susu cair, diikuti dengan daun pudina dan air. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan beras bashmati, cili merah, cili hijau, garam / perasa pilihan.
6. Gaul rata dan biarkan periuk tertutup hingga nasi masak.
7. Setelah nasi masak, gaulkan dengan pewarna kuning telur dan sedikit kacang gajus serta kacang badam. Tutup periuk.
Kita beralih pula kepada resepi Ayam Masak Kurma Che Jah... Amie saja aje suka-suka tambah telur dalam masakan sebab teringin nak makan telur masak kurma! Amie masukkan telur ayam rebus pada masa yang sama ketika memasukan kentang dan daging ayam.
Bahan-bahan:
800 gram daging ayam - potong 8
3 biji kentang - belah 2
3 sudu makan rempah kurma
200ml santan
5 tangkai daun pudina
3 biji cili hijau - belah 2
1 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit minyak dicampur dengan minyak sapi / mentega / marjerin
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk halus / kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan.
4. Masukkan daging ayam bersama kentang. masak hingga empuk.
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina.
6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
7. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.
Tak lengkap rasanya Nasi Beriani Cendawan Lauk Ayam Masak Kurma Che Jah tanpa acar! Wokeh... ini acar biasa-biasa saja. Amie buat sedikit sahaja, cukuplah untuk Amie dan Encik Suami makan sebab anak-anak tak minat acar. Seperti biasa Amie gunakan jus limau kasturi bersama sedikit hirisan kulitnya supaya bertambah aroma acar tu! Amie juga tambahkan udang kering sebagaimana Bonda dan orang kampung selalu buat dalam kenduri-kendara.
Bahan-bahan:
1 batang timun - bersihkan dan potong sepanjang 3 cm
1/2 batang lobak merah - buang kulit dan potong sepanjang 3 cm
1 biji epal hijau - buang biji dan potong sepanjang 3 cm
1 labu bawang besar Bombay - hiris nipis
2 sudu makan udang kering - rendang hingga lembut
4 biji limau kasturi - ambil jusnya dan hiris kulitnya sebiji
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
Cara:
1. Gaul semua bahan di atas hingga sebati.
2. Biarkan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum dihidangkan.
Bila Encik Suami masuk dapur, katanya suasana macam bulan puasa! Sebab aroma nasi beriani and the gang itulah kot... maklumlah agak lama juga kita tak masak nasi beraroma begini.
Jom sama-sama nikmati Nasi Beriani Cendawan and the gang!
Jangan lupa... sesekali tu cubalah resepi Ayam Masak Kurma Che Jah yang sudah semestinya sedap ni!
Memang sedap tau! Tak caya... boleh cuba...ahaks!
acar tu menarik minat dan selera acik
BalasPadamBahan utk bahan giling xlengkap..APA bhn yg 1/2 sudu mkn tuu?
BalasPadamAllah... k.amie.... jangan dera saya.... tolonggg....
BalasPadamdah la xsempat lunch..kebulur...
Acik,
BalasPadamterima kasih.
Zarrul,
terima kasih sudi ingatkan... bahan tu jintan putih & jintan manis.
Adda,
meh sini makan sama he hehe.
hidangan kesukaan di rumah saya juga,nanti nak try resepi Amie pulak.
BalasPadamsedapnya...
BalasPadamsalam singgah kak amie.. sedap tengok menu ni .. nak cuba buat !!!
BalasPadamKaka sayammm winduuu๐๐๐
BalasPadamTerlioq ok
Menu buat org meleleh ayaq lioq gituewww
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalam amie,
BalasPadamtengok set nasi beriani & ayam kurma serta acar timun...rasa macam dah dekatttttt aje dah..kat bibir ni...heheh sedap betul gandingannya2 tu semua!